Filem ‘Toilet: Ek Prem Katha’ di Netflix baru-baru ini boleh dikatakan sebagai sebuah filem yang bertujuan untuk membuka mata masyarakat di India untuk lebih prihatin mengenai keperluan wanita di sana. Ini kerana masih terdapat beberapa kelompok masyarakat yang masih memegang kepada kepercayaan untuk tidak membina tandas di rumah dan tiada pilihan lain buat mereka selain daripada melepaskan hajat di padang atau belukar yang jauh dari rumah.

Terbaharu, menerusi perkongsian seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Azwadi Kamarudin mengenai realiti keadaan toilet di beberapa buah wilayah negara India dan China yang pernah dikunjungi olehnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sepanjang pengalaman beliau mengembara, 3 bandar di China dan 1 bandar di India ini ternyata memiliki fasiliti awam mungkin agak kurang selesa buat sesetengah pelancong. Berikut kami kongsikan pengalaman beliau.

1. Dali, China

Ketika sedang asyik mencari sudut terbaik gambar Three Pagodas di Dali, Yunnan, aku terperasan seseorang sedang menyelinap di celah-celah pokok di sebuah taman yang indah.

pagoda

Aku perhatikan seorang wanita tua menoleh kiri kanan cuba menyembunyikan aktiviti sihat beliau seraya duduk mencangkung. Adoi, dia melabur la tu. Potong betul orang khusyuk ambil gambar pagoda ni. Jadi, hati-hati kalau nak berjalan kat taman-taman di sana kawan-kawan. Jalan biar menunduk tawadduk. Tersalah jalan, terpijak sesuatu, naya.

2. Kunming, China

Bandar Kunming ni agak besar dan maju. Jadi dari Dali, aku dan rakan-rakan mengambil keretapi menuju ke bandar Kunming. Jam menunjukkan pukul 5 pagi ketika keretapi tersebut berhenti di terminal terakhir. Masing-masing seronok menghembuskan wap yang keluar dari mulut kerana cuaca terlalu sejuk pada awal pagi.

“Jom kita cari hotel”, ajak Syahreen ketua kembara kami.

“Eh jap, aku nak terkucil”, celah seorang rakan kembara kami, Fuad. Aku dan beberapa yang lain mengiyakan kata Fuad dan mengikut belakang beliau kerana semua orang pun sedang menahan diri untuk qadha hajat.

Tiada kedai yang buka. Pagi masih kelam. Hotel yang berdekatan pula tidak menyediakan tandas di kawasan lobi.

“Wadi, ada public toilet kat hujung jalan sana,” kata Syahreen.

wc
Sekadar gambar hiasan. Sumber: Gokunming

“Dah sudah ke Syahreen?” tanyaku kepada Syahreen.

“Tak lalu. Kembang tekak”

Aku dah agak. Cuma tak expect pulak bandar sebesar dan semaju Kunming pun tandas dia takleh pakai. Ya, sebelah tempat urinal, ada manusia sedang melabur seorang dua. Tandas tanpa pintu! Apa ke gila? Aku terus keluar, tak jadi melepaskan hajat.

3. Sichuan, China

Kami menaiki bas untuk pulang dari Songpan sebuah daerah berdekatan dengan Jiuzhaighou ke Sichuan. Beberapa jam perjalanan, bas berhenti rehat di sebuah hentian. Masing-masing terburu-buru ke tandas.

sichuan
Sekadar gambar hiasan. sumber: China Daily

“Macam mana?” tanyaku kepada Abang Aziz.

“Tengok sendirilah Di”, jawapan Abang Aziz penuh tanda tanya walau dalam hati sudah dapat mengagak.

Benar. Tandas tanpa pintu. Dinding kiri kanan hanya separas dada. Masing-masing warga tempatan sedang melabur di situ. Geli. Aku beredar. Namun ada yang lebih teruk daripada ini kawan-kawan. Semasa di Songpan, tandasnya cukup tidak berselindung. Anda boleh melihat bagaimana hasil tinja anda jatuh ke tanah dan kumbahan di bawah. Natural.

4. Ahmedabad, India

Sepanjang di Ahmedabad, hanya sekali dua melihat manusia menghadap dinding dan melakukan aktiviti sihat ini. Maklumlah aku pun hanya berkitar di kawasan bandar dan tidak di kampung. Masih ok.

Pay-for-pee-Indian-city-offers-money-for-using-public-toilets
Sekadar gambar hiasan. Sumber: UPI India

Namun, mendengar dan membaca mengenai aktiviti ini di wilayah lain di India, nyata meloyakan tekak. Harap tidak bertemu di masa hadapan.

Beliau mengakhiri perkongsian ini dengan harapan agar China dan India juga akan menikmati perubahan pada masa akan datang memandangkan Malaysia suatu masa dahulu juga mempunyai segelinitir masyarakat yang melepaskan hajat di kawasan-akawasan terbuka. Namun lama-kelamaan, mengikut peredaran zaman dan peningkatan taraf pendidikan serta kesedaran membuatkan golongan ini turut sedar mengenai isu kebersihan.

Beliau turut berpesan agar orang ramai menikmati keindahan yang tersaji di China dan India yang sememangnya terkenal dengan keunikan budaya.