realme kembali lagi dengan penawaran kemas kini peranti entry level mereka buat pasaran Malaysia hari ini. realme 10 kini dilancarkan secara rasmi dengan pelbagai ciri terbaharu dan lebih berkuasa menerusinya.

Model ini menjadi pilihan buat mereka yang hanya mahu menggunakannya bagi menyelesaikan sejumlah tugasan harian dengan lancar dan tidak kisah dengan rangkaian 5G. Ketahui spesifikasi lanjut menerusi artikel di bawah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

realme 10

Sumber Gambar: The Vocket

realme 10 4G ini dilengkapi skrin 6.4-inci AMOLED bersama sokongan refresh rate 90Hz. Model ini dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G99 dengan memori 8GB RAM dan juga storan dalaman mencapai 256GB.

Dari segi rekaan, ia masih mengekalkan ciri kompak bersama kemasan yang minimalis. Terdapat sokongan dwi sim yang memudahkan anda menggunakan dua nombor telefon untuk berkomunikasi. Sisi belah kanan turut hadir dengan ciri pengimbas cap jari bagi tujuan sekuriti.

Sumber Gambar: The Vocket

Dari segi fotografi, model ini hadir dengan kamera utama 50MP + 2MP (B&W) yang diikuti kamera swafoto 16MP. realme 10 membolehkan anda merakam video dengan resolusi 1080/30fps pada kedua-dua kamera. Kamera juga menyokong AI dan HDR terbina bagi membolehkan gambar diambil tampak cantik.

Menariknya, peranti ini dibekalkan bateri sebesar 5,000mAh yang mana menyokong pengecasan pantas 33W menerusi sambungan USB-C. Selain itu, peranti ini menjalankan perisian antara muka Realme UI 3.0 berasaskan Android 12.

Sumber Gambar: The Vocket

Di Malaysia, para peminat boleh dapatkan pada harga RM999 menerusi Shopee, Lazada dan pengedar rasmi di luar sana. Selain itu, mereka yang membuat pra-tempahan daripada 14 Februari sehingga 16 Februari juga berpeluang menerima realme Band 2 secara percuma.