realme pada dua minggu lalu telah memperkenalkan barisan siri realme 11 di China. Para peminat tempatan mungkin tertanya-tanya jika kalau peranti ini bakal dipasarkan dalam pasaran tempatan.

realme mengesahkan bakal melancarkan  siri realme 11 Pro buat pasaran Malaysia. Barisan peranti ini mencuri perhatian kerana lengkap dengan spesifikasi yang mantap lebih-lebih lagi pada bahagian kameranya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: realme

Antara perkara menarik yang anda patut ketahui berkenaan realme 11 Pro+ adalah penawaran lensa 200MP dengan sensor ISOCELL HP3 bersama sokongan ciri penstabilan OIS. Malah, model ini mampu untuk zoom lossless sehingga 4X menjadikan kualiti gambar lebih jelas walaupun telah dizum.

Selain itu, peranti ini menyokong pengecasan pantas 100W dengan bekalan bateri sebesar 5,000mAh. Siri ini juga bakal menjalankan realme UI 4.0 berasaskan Android 13.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada spesifikasi yang bakal ditawarkan di Malaysia sama dengan varian di China atau pun berbeza. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sumber
  • Siaran media realme