Jenama yang semakin meningkat di Malaysia iaitu Realme baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan mereka, Realme 3. Berbekalkan slogan ‘Proud To Be Young’, telefon pintar ini dikhaskan buat mereka yang mahu mendapatkan telefon pintar dengan harga berbaloi berdasarkan spesifikasi yang menarik.

Dari segi spesifikasi, Realme 3 hadir dengan processor Mediatek MT6771 Helio P60 beserta 3GB RAM. Ruang storan bagi model ini pula 32GB. Penawaran skrin 6.22-inci pastinya memberi kepuasan berganda buat para pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

DSC_2547

Menariknya, model ini hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 4230mAh serta dibantu dengan teknologi penjimatan bateri. Dalam erti kata lain, anda berpeluang menggunakan Realme 3 tanpa risau mengenai bateri untuk kegunaan seharian.

Material yang digunakan pada model ini iaitu Gradient Unibody secara tidak langsung berjaya membuatkan model ini sedap dipegang serta tampak premium. Dari segi kamera, Realme disertakan dua lensa pada bahagian belakang merangkumi 13-megapixel dan 2-megapixel.

other-realme-phones-will-get-the-realme-3e280b2-nightscape-feature

Dari segi harga, Realme 3 mula ditawarkan pada serendah RM599 sahaja dan ditawarkan melalui tiga warna menarik. Anda boleh klik disini untuk mendapatkannya.