Jenama yang semakin meningkat naik ketika ini iaitu Realme baru-baru ini telah melancarkan dua telefon pintar terbaru mereka iaitu Realme 3 Pro dan Realme C2.

Realme 3 Pro hadir dengan rekaan yang premium dan menarik namun ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Dari segi spesifikasi, Realme 3 Pro disertakan dengan skrin 6.3-inci FHD+.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Processor yang digunakan pada model ini adalah Snapdragon 710, 6GB RAM dan hadir dengan saiz storan 128GB. Menairknya, model ini turut disokong oleh pengecasan pantas VOOC 3.0 bagi mengecas bateri 4045mAh dengan pantas.

Screen Shot 2019-05-17 at 11.53.26 AM
Realme C2

Realme C2 disasarkan buat mereka yang mahu mendapatkan telefon pintar dengan budget yang tidak besar berdasarkan tanda harganya. Model ini dilengkapi dengan processor Helio P22 beserta 2/3 RAM melalui dua variasi model yang ditawarkan. Skrin yang disertakan adalah bersaiz 6.1-inci.

Tidak hanya menawarkan spesifikasi yang menarik, Realme 3 Pro ini turut dilengkapkan dengan dwi-kamera 16-megapixel dan 5-megapixel. Antara fungsi menarik yang ditawarkan adalah Ultra HD 64-megapixel serta nightmode. Buat anda yang gemar swafoto ini mungkin telefon pintar pilihan anda dengan penyertaan kamera 25-megapixel.

Realme 3 Pro menggunakan skrin bersaiz 6.3-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 710, memori dalam pilihan sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 4045mAh yang boleh dicas pantas melalui sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0.

Screen Shot 2019-05-17 at 11.53.37 AM
Realme 3 Pro

Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 5MP yang menawarkan sokongan rakaman gambar sangat cantik, termasuk pada mod 64MP Ultra HD, serta rakaman gambar malam yang cantik. Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 25-megapixel.

Dari segi harga, Realme berjaya menawarkan harga yang berpatutan untuk kesemua pengguna dimana Realme 3 Pro ditawarkan pada harga bermula daripada RM899 manakala Realme C2 dijual pada harga RM429.