Selepas berjaya melancarkan Realme 3 dan 3 Pro beberapa bulan dahulu, Realme pada kali ini kembali lagi dengan melancarkan telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi lebih menarik melalui model Realme 5 dan 5 Pro.

Menerusi model Realme 5 dan Realme 5 Pro, model ini hadir dengan processor yang lebih berkuasa dimana Realme 5 dilengkapi dengan Snapdragon 665 AIE manakala Realme 5 Pro hadir dengan processor Snapdragon 712 AIE.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Saiz skrin yang disertakan pada Realme 5 adalah 6.5-inci manakala Realme 5 Pro adalah 6.3-inci. Dari segi RAM, Realme 5 hadir dengan RAM 3GB dan ruang storan 64GB manakala model dengan spesifikasi tinggi dilengkapi dengan RAM 4GB dan ruang storan 128GB.

Realme-5-Pro-15

Buat anda yang mahu mendapatkan model dengan spesifikasi lebih hebat, pastinya Realme 5 Pro menjadi pilihan. Penyertaan RAM 8GB dan 128 GB ruang storan pastinya memudahkan kerja seharian anda.

Realme 5 dilengkapi dengan kapasiti bateri 4,035mAh manakala Realme 5 Pro hadir dengan kapasiti bateri 5,000mAh. Sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 20W membolehkan anda mengecas dalam tempoh yang lebih singkat.

Apa yang membuatkan model ini menarik adalah penyertaan empat kamera pada bahagian belakang dengan lensa utama 48-megapixel. Penyertaan kamera hadapan 16-megapixel daripada Sony ini pastinya memberi imej yang terbaik disetiap gambar yang diambil.

photo6102804926393592235

photo6102539286961301870

Dari segi harga, Realme 5 mula dijual dengan harga serendah RM599 manakala Realme 5 Pro ditawarkan pada harga RM1,099. Realme 5 sedia untuk didapatkan di Lazada seawal 10 Oktober manakala Realme 5 Pro pada 17 Oktober ini di Lazada. Sekiranya anda mahu mendapatkan telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi hebat, Realme 5 dan 5 Pro antara yang berbaloi untuk didapatkan.

Kami kongsikan kepada anda beberapa artikel berkaitan jenama Realme yang menjadi pilihan ramai. Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut.

Realme 3 Pro dan C2 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Realme 3 Mula Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM599

Realme Malaysia dan Lazada Jalin Kerjasama Sempena Super Brand Day

Anda Mungkin Suka