Sejak mula diperkenalkan, jenama Realme sememangnya konsisten dalam menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi berbaloi serta mampu milik.

Pada kali ini, Realme sekali lagi mengulangi skrip yang sama dengan memperkenalkan model Realme 5s. Sekali pandang, Realme 5s hadir dengan rekaan yang mirip dengan Realme 5 walau bagaimanapun model terbaru ini hadir dengan keupayaan kamera yang lebih baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Realme-5s-Crystal-Red

Berdasarkan spesifikasi, Realme 5 dilengkapi dengan skrin 6.5-inci IPS LCD, processor Snapdragon 665 serta dipadankan dengan RAM 4GB dan 128 GB ruang storan.

Meskipun hadir dengan harga mampu milik, model ini turut menyediakan sebanyak empat kamera pada bahagian belakang yang terdiri daripada lensa 48-megapixel, 8-megapixel ultrawide, 2-mgapixel makro dan 2-megapixel lagi untuk lensa keempat. Kamera hadapan model ini turut dilengkapi dengan lensa 13-megapixel. Lebih menarik, model ini turut disertakan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 5000mAh.

Photo 2 (2)

Realme 5s kini sedia untuk didapatkan di semua rangkaian rasmi Realme dengan harga serendah RM799. Berdasarkan harga yang ditawarkan, jelas Realme sekali lagi berjaya menawarkan telefon pintar yang berbaloi buat orang ramai.

Ketahui juga 5 telefon pintar berbaloi untuk anda dapatkan sempena jualan 12.12. Turut dikongsikan, ura-ura Apple iPhone 9 yang bakal ditawarkan dengan harga tidak sampai RM2,000. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

5 Telefon Pintar Berbaloi Untuk Anda Dapatkan Sempena Jualan 12.12

Apple iPhone 9 Bakal Dijual Dengan Harga Tidak Sampai RM2,000?