realme Malaysia hari ini melancarkan satu lagi variasi terbaru untuk siri realme 6, memberi pilihan tambahan buat pemain permainan video dengan kehadiran Pro Camera Pro Display. Ia sedia untuk dimiliki pada 2 Mei dengan 8GB + 128GB pada harga RM1199.

Peranti ini menggunakan skrin Paparan Ultra Smooth 90Hz, dijana cip MediaTek Helio G90T, storan 128GB, Kamera AI 64 MP AI dan bateri 4300mAh dengan pengecasan pantas 30W. 

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Print

Manakala bagi rakaman gambar, realme 6 menggunakan empat-kamera belakang dengan gabungan 64MP +8 MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto 16-megapixel dihadapan.

Sekiranya anda berminat, anda boleh membelinya di Lazada atau pengedar yang sah. Peranti ini boleh didapati dalam dua warna – Comet White dan Comet Blue.

realme Malaysia turut menawarkan jaminan tambahan selama 6 bulan dengan pembelian peranti ini apabila anda membelinya khusus pada 2 Mei 2020 kelak.

Untuk bacaan lanjut mengenai realme, klik pautan di bawah.

 

Model Empat Kamera Belakang realme 6 Dilancarkan Dengan Harga RM999

realme 6i Bakal Ditawarkan Dengan Harga Diskaun RM100 Sempena Bulan Ramadan

realme Mahu Anda #stayREALathome Dengan Memperkenalkan Tiga Cabaran Menarik