Mulai melancarkan model realme 6 pada akhir April, nampaknya realme meneruskan lagi siri ini dengan pelancaran model dengan spesifikasi yang lebih tinggi iaitu realme 6 Pro. Seperti model-model keluaran realme sebelum ini, penawaran spesifikasi yang hebat dengan harga yang mampu milik antara yang turut ditawarkan pada model ini.

Dari segi spesifikasi, realme 6 Pro hadir dengan skrin 6.6-inci beserta refresh rate 90Hz. Prestasi realme 6 dikuasakan oleh processor Snapdragon 720G beserta RAM 8GB. Ruang storan bagi model ini pula adalah 128GB. Hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 4,300 mAh, model ini turut disokong dengan pengecasan pantas 30W.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
gsmarena_005
Sumber: GSMarena

Tidak hanya memfokuskan kepada prestasi semata-mata, realme 6 Pro turut dilengkapi dengan empat kamera utama melalui gabungan lensa 64-megapixel, 12-megapixel, 8-megapixel dan 2-megapixel. Pada bahagian hadapan pula, realme 6 disertakan dengan dua kamera swafoto dengan lensa 16-megapixel dan 8-megapixel.

Di sebalik spesifikasinya yang memukau, realme 6 Pro sedia ditawarkan dengan harga RM1,399 sahaja bermula esok iaitu 12 Mei menerusi Lazada. Jualan menerusi pengedar rasmi realme pula bakal bermula pada 16 Mei 2020.

200502-realme-6-pro-malaysia

Menariknya, setiap pembelian realme 6 bakal turut diberikan dengan beberapa hadiah menarik beserta waranti tambahan selama 12 bulan dan hadiah menarik bernilai RM149. Menarik bukan? Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan realme 6 Pro dengan penawaran hadiah menarik.

Menerusi siri realme 6, jenama ini turut mengeluarkan model lain seperti realme 6 dan realme 6i. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

realme 6 Hadir Dengan 8GB RAM Pada Harga RM1199

realme 6i Bakal Ditawarkan Dengan Harga Diskaun RM100 Sempena Bulan Ramadan