Mula menjadi pilihan ramai dengan penawaran telefon pintar mampu milik, realme pada kali ini tampil lagi dengan promosi sempena bulan Ramadan.

Melalui promosi yang ditawarkan pada kali ini, para pengguna berpeluang mendapatkan model realme 6i yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM699 kepada harga serendah RM599 sahaja.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →

pasted image 0

Dari segi spesifikasi, model ini tampil dengan saiz skrin yang besar bersaiz 6.5-inci. Model ini dikuasakan dengan processor Helio G80, RAM 3GB dan hadir dengan ruang storan 64GB. Penyertaan empat kamera 48-megapixel beserta teknologi AI antara yang membuatkan orang ramai teruja. Sebanyak dua warna yang ditawarkan pada model ini iaitu White Milk dan Green Tea.

Promosi flash sale ini bakal berlangsung selama satu hari sahaja menawarkan diskaun sebanyak RM100 bermula pada hari pertama bulan Ramadan iaitu pada 23 April 2020 bermula jam 12 tengah malam dan bakal berakhir pada jam 11.59 malam. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya dengan harga promosi.

Sebelum ini realme turut menganjurkan cabaran #stayREALathome bersempena dengan musim PKP yang sedang berlangsung.

realme Mahu Anda #stayREALathome Dengan Memperkenalkan Tiga Cabaran Menarik

Model Empat Kamera Belakang realme 6 Dilancarkan Dengan Harga RM999

Vocket Unbox: Unboxing ‘Barang Panas’ realme 6 Pro Keluaran Terbaharu

Anda Mungkin Suka