Baru sahaja memasuki pasaran sejak beberapa tahun lalu, jenama ini sudah mulai menjadi pilihan pengguna dalam masa yang singkat. Menawarkan seleksi telefon pintar pada harga yang berbaloi antara yang menjadi resipi utama syarikat ini.

Jenama ini telah menawarkan beberapa model hebat pada harga sangat mampu milik di mana salah satu daripadanya adalah realme 7 5G. Kami sempat mencubanya dan ternyata model ini berjaya menawarkan lebih daripada apa yang kami sangkakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Skrin dengan refresh rate sehingga 120Hz

realme 7 5g specs
Pada peranti kelas pertengahan, agak sukar untuk kita dapatkan telefon pintar dengan refresh rate yang tinggi bagaikan telefon pintar flagship. Walau bagaimanapun, realme berjaya merealisasikannya menerusi realme 7 yang hadir dengan skrin 6.5-inci beserta refresh rate 120Hz.

Sebagai perbandingan, iPhone 12 mempunyai kadar refresh rate 60Hz sahaja dan sekiranya anda membuat perbandingan secara side by side dengan realme 7, memang nampak perbezaannya.

Apa yang best dengan refresh rate tinggi? Pastinya ia bakal memberi kemampuan untuk menonton video atau bermain game dengan lebih baik. Setiap swipe atau scroll pada skrin jadi lebih pantas. Rasa lancar sahaja. Memang satu pengalaman berbeza apabila anda menggunakan peranti dengan refresh rate yang tinggi ini.

Prestasi yang cukup baik pada kelasnya

Hadir dengan harga yang mampu milik, pastinya prestasi yang sederhana antara yang diharapkan. Namun, menerusi processor MediaTek Dimensity 800U, model dilihat tidak mempunyai masalah untuk menjalankan aplikasi yang kerap digunakan pengguna merangkumi media sosial dan sebagainya dengan baik tanpa sebarang masalah.

Selain itu, model ini turut disertakan dengan RAM 8GB beserta 128GB ruang storan. Bila digabungkan penggunaan skrin 120Hz, keupayaan MediaTek Dimensity 800U dan RAM 8GB ini, terasa ibarat menggunakan sebuah peranti flagship. Sangat smooth dan rasa berbaloi sangat dengan harganya.

Penawaran bateri sehingga 5,000mAh

Dalam mendapatkan telefon pintar, pastinya bateri berkapasiti besar yang mampu bertahan lama antara yang dimahukan pengguna. realme berjaya menyelesaikan masalah ini pada realme 7 di mana model ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti sehingga 5,000mAh.

Sekiranya anda bukan seorang heavy user, telefon anda dapat bertahan sehingga 2 hari dengan sekali pengecasan penuh. Tetapi bergantung juga jika anda menetapkap kadar refresh rate tinggi untuk skrin. Kami dapati jika anda menetapkan kadar refresh rate 120Hz, bateri peranti anda akan lebih cepat habis.

Kamera dengan sensor 48-megapixel

Realme camera

Hadir dengan spesifikasi yang baik tidak menghalang realme dalam menawarkan kualiti kamera yang baik. Pujian diberikan kepada realme kerana berjaya menawarkan Quad-Camera 48MP yang mantap untuk peranti ini.

Peranti ini dapat merakam video dalam mod 4K dan pada video di atas ini anda boleh lihat dengan jelas kemampuan kamera realme 7 5G ketika membuat rakaman video dan photo. Warna yang dihasilkan cantik dan rakaman malam juga tidak mengecewakan.

Teknologi 5G

Tidak banyak jenama yang ‘berani’ menawarkan capaian 5G terutamanya untuk model mid-range tetapi realme menawarkannya untuk model realme 7 5G ini.

Sungguh pun ia hadir dengan keupayaan untuk mengakses capaian 5G, ia tidak berguna di Malaysia kerana setakat ini, kita masih belum mempunyai provider yang menawarkan capaian 5G. Anda perlu ke luar negara untuk mencubanya.

Berbaloi untuk mendapatkan peranti ini?

realme last

Harga yang ditawarkan buat realme 7 5G ini adalah RM1,299. Mampu menjalankan aplikasi harian dengan lancar tanpa sebarang masalah, skrin dengan refresh rate 120Hz serta kualiti kamera yang baik semuanya berjaya ditawarkan pada telefon pintar ini.

Cuma berdasarkan pembacaan komen pengguna, ada yang sedikit terganggu dengan tulisan realme yang besar di bahagian belakang. Ia bukanlah masalah besar kerana anda pasti akan membeli casing untuk phone anda ini. Tetapi jika anda menggunakan casing stok lutsinar yang hadir bersama peranti ini, dari jauh orang dah tahu anda guna telefon pintar jenama realme.

Dari segi feel, peranti ini sama sahaja seperti peranti realme yang lain; dari segi finishing dan penggunaan material. Mungkin kerana kerangka plastik di belakangnya.

Agak sukar untuk peranti jenama lain memberikan fungsi seperti mana realme tawarkan untuk model realme 7 5G. Dalam erti kata lain, sekiranya anda mahukan telefon pintar berbaloi dimiliki berdasarkan wang yang dibelanjakan, realme 7 5G adalah jawapannya. Buat yang berminat, anda boleh membelinya di sini.

Ini pula ulasan untuk produk realme yang lain. Baca lagi pada pautan di bawah.

Hanya RM699, Ini Review Penuh Kami Untuk ‘Gaming Phone’ realme narzo 20

Serendah RM599, realme C15 Dilancarkan Dengan Bateri 6,000mAh Dan Pengecas 18W ‘Fast Charge’