Kehadiran earbuds yang menjadi lambakan dalam pasaran pastinya membuatkan anda sukar untuk mendapatkan earbuds yang terbaik menepati cita rasa anda.

Pada kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda sebuah lagi produk daripada realme iaitu Buds Q2. Untuk pengetahuan, realme Buds Q2 merupakan model kedua daripada siri Buds yang dilancarkan pada tahun lalu melalui model realme Buds Q.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hadir dengan harga serendah RM129, pastinya ramai yang berminat untuk mendapatkan earbuds mampu milik ini. Berikut merupakan antara perkara-perkara menarik yang kami suka dengan model ini.

Ringan dan ditawarkan dengan rekaan yang unik

Realme-Buds-Q-1

Hadir dengan yang dinamakan realme sebagai kaleidoscope, realme Buds Q2 turut mempunyai cara yang unik untuk mengaktifkannya. Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut. Walau bagaimanapun, realme Buds Q2 sememangnya selesai untuk digunakan dalam tempoh yang panjang.

Environmental Noise Cancellation

ezgif-7-97c05bb13b5e

Menerusi model realme Buds Q2, model ini ditawarkan dengan teknologi Environmental Noise Cancellation di mana bunyi bising sekitar bakal dikurangkan membolehkan anda menjawab panggilan dengan pendengaran audio yang lebih jelas. Meskipun tidak ditawarkan dengan noise cancelling sewaktu mendengar lagu, penawaran teknologi ini sudah cukup baik bagi kami.

Penawaran penggunaan yang panjang untuk satu pengecasan penuh

ezgif-7-34a34eb69e98

Kami yakin ramai yang dambakan fungsi ini dalam mencari sesebuah earbuds dan realme berjaya merealisasikannya. Menerusi model ini realme Buds Q2 hadir dengan penawaran penggunaan sehingga 5 jam untuk satu pengecasan penuh dan anda juga berpeluang mendengar lagu sehingga 12 minit hanya melalui pengecasan sepantas 10 minit.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai realme Buds Q2, anda boleh ikuti lebih lanjut review daripada Izatt Daniel mengenai model yang menjadi carian ramai ini.

Tular pada minggu ini apabila kumpulan hacker dari Malaysia bersatu tenaga dalam melancarkan #OpsBedil dalam menggodam pengkalan data Israel.

Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

Kumpulan Rage Against The Machine Dikecam Peminat Kerana Sokong Palestin