Sejak mula jenama realme memasuki Malaysia, dapat dilihat jenama ini sangat agresif dalam mengeluarkan model-model berbaloi dan mampu milik sekaligus menjadi pilihan ramai dalam masa terdekat.

Terbaharu, realme telah melancarkan sebuah lagi model mampu milik iaitu realme C11. Hadir dengan harga yang rendah, model ini disasarkan buat golongan yang mahu mendapatkan peranti kelas permulaan dengan spesifikasi yang berbaloi.

Spesifikasi

photo6332231088524601951

Mengulas dari segi spesifikasi, realme nampaknya berjaya menawarkan apa yang diidamkan pengguna kini dengan penawaran skrin bersaiz besar 6.5-inci. Bukan itu sahaja, skrin yang meliputi 88.7% bahagian hadapan telefon pintar ini membuatkan pengalaman penggunaan model ini menjadi lebih menarik.

realme C11 dikuasakan oleh processor MediaTek Helio G35 beserta RAM 2GB dan ruang storan 32GB. Model ini turut menggunakan Android 10 dengan antaramuka ColorOS 7.

Tidak hanya memfokuskan kepada harga serta spesifikasi semata-mata, siapa sangka realme mampu memberi fokus kepada bahagian kamera menerusi model ini. realme C11 hadir dengan dua kamera belakang yang disusun dalam bentuk segi empat tepat.

Kamera

photo6332231088524601952

Kamera utama model ini hadir dengan sensor 13-megapixel yang mampu menyokong rakaman zum sehingga 4 kali ganda. Selain itu, model ini turut disokong dengan mod Nightscape yang membolehkan pengguna mendapatkan gambar yang jelas dan terang pada waktu malam.

Seperkara lagi yang membuatkan kami sangat teruja ini selain daripada skrinnya yang besar adalah penyertaan bateri berkapasiti 5,000mAh. Menerusi penyertaan bateri bersaiz besar pada model ini, realme C11 dilihat tidak mempunyai masalah untuk digunakan secara seharian tanpa perlu mengecas semula.

Harga

106418584_2435266936771294_2773995529322966535_o

Siapa sangka berdasarkan apa yang ditawarkan realme C11, model ini cuma ditawarkan dengan harga serendah RM429 sahaja. Sebuah harga yang sangat berbaloi serta model terbaik untuk peranti kelas permulaan. Para pengguna boleh mula mendapatkan model ini menerusi Lazada dan Shopee. Klik di sini untuk mendapatkannya secara terus atas talian.

Ketahui juga lima produk baharu realme AIoT yang dilancarkan pada bulan lalu. Tonton juga kotak misteri yang diterima kami oleh realme.

5 Produk Baharu realme AIoT Yang Ditawarkan Dengan Harga Promosi

Vocket Review: realme Hantar Kotak Misteri?