Sejak jenama realme memasuki pasaran Malaysia, dapat dilihat jenama ini sangat agresif dalam mengeluarkan telefon pintar yang berbaloi dan mampu milik sekaligus menjadi pilihan pengguna.

Pada kali ini, realme kembali lagi menawarkan telefon pintar dengan bateri yang lebih besar buat para pengguna dengan kapasiti 6,000mAh. Dalam erti kata lain, penggunaan realme C12 untuk sehari setengah tanpa bantuan powerbank sememangnya bukan masalah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

realme-c15

Selain itu, realme C12 turut dilengkapkan dengan Quick Freeze dimana pengecasan akan ditamatkan secara automatik apabila model ini dicas dengan penuh.

realme C12 ini turut hadir dengan skrin 6.5-inci beserta takuk kecil. Mengulas dari segi spesifikasi, realme C12 dikuasakan oleh processor Helio G35, RAM 3GB beserta ruang storan 32GB.

gadgetmatch-20200818-realme-c15-01

Tidak hanya memfokuskan pada spesifikasi dan kapasiti bateri semata-mata, model ini turut hadir dengan gabungan tiga kamera dengan lensa berbeza-beza merangkumi sensor 13-megapixel, 2-megapixel dan 2-megapixel. Kamera hadapan model ini pula dikuasakan oleh kamera selfie 5-megapixel.

realme-C12-Coral-Red-scaled

Sememangnya sebuah pilihan yang sangat berbaloi untuk sebuah telefon pintar harga yang ditawarkan iaitu serendah RM529 sahaja. Pada kami, pelancaran realme C12 berjaya meletakkan model ini sebagai model terbaik di bawah paras harga RM600.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan realme C12, anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya. Oh ya, pembeli terawal bakal turut ditawarkan dengan realme Buds Classic secara percuma. Apa tunggu lagi? Jom tinggalkan powerbank dengan adanya realme C12. Sebelum itu, ikuti juga review kami mengenai model terbaru realme ini.

Tonton juga dua review kami mengenai telefon pintar keluaran realme sebelum ini iaitu realme X50 Pro 5G dan realme C11.

Vocket Review: realme X50 Pro 5G, Telefon Pintar Serba Lengkap Dengan Harga RM2,999

Vocket Review: realme C11, Telefon Pintar Mampu Milik Yang Berbaloi Untuk Dimiliki Tahun Ini