Mulai memasuki pasaran Malaysia dengan menawarkan telefon pintar berbaloi dan mampu milik, realme kini nampaknya semakin melebarkan jaringan produk yang ditawarkan dengan penawaran jam tangan pintar.

Pada kali ini, selepas realme watch berjaya dijual dengan laris, jenama ini kembali lagi menerusi model terbaru iaitu realme Watch S Pro. Melalui model terbaru ini, realme dilihat mencuba untuk memasuki pasaran yang lebih premium dengan menawarkan jam tangan yang lebih kemas, berkualiti serta hadir dengan pelbagai mod.

japan featured
HYPE
14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba
Baca lagi →
realme watch 1

ringkasan kebolehan realme watch S Pro

Dari segi pandang pertama, kotak realme Watch S Pro hadir dengan rekaan yang simple namun masih menarik pada pendapat kami. Para pengguna bakal menerima sebuah jam tangan realme Watch S Pro berjaya kabel pengecasan serta charging base jenis magnetik.

Seperti yang dapat anda lihat, model ini dilengkapi dengan skrin 1.39-inci AMOLED. Paparannya terang dan jelas sekaligus tidak memberikan masalah buat anda untuk melihat padanya meskipun di bawah cahaya matahari.

realme watch 2

Hadir dengan pilihan strap silicone dan juga vegan leather

#realmeWatchSPro First Sale – 30 & 31st Jan via all authorised dealers and realme Brand store.💎 1.39" Large AMOLED…

Posted by realme on Wednesday, January 20, 2021

Lebih menarik perhatian kami, model ini hadir dengan bateri 420mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari penggunaan. Dalam erti kata lain, anda hanya perlu mengecas 2 kali sebulan untuk penggunaan setiap hari. Menarik bukan?

Nantikan juga review penuh daripada kami untuk jam tangan realme Watch S Pro ini. Pada pandangan pertama, kami memang suka dengan rekaannya yang minimalis, sturdy dan classy untuk apa sahaja aktiviti anda.

Ketahui juga model kelas pertengahan daripada realme yang hadir dengan spesifikasi serba lengkap berharga RM1,299.

realme 7 5G, Peranti Kelas Pertengahan Serba Lengkap Dengan Harga RM1,299

Vocket Review: realme Perkenalkan ‘Smart Watch’ Pertama Dengan Harga Serendah RM299

Anda Mungkin Suka