Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung, pelbagai jenama turut menyambut baik saranan kerajaan untuk stay at home. Jenama realme antara yang tidak terlepas menyahut cabaran kerajaan dengan memperkenalkan kempen #stayREALathome.

Sebelum ini, realme baru sahaja mengadakan cabaran buat para pengguna sempena PKP. Cabaran #pyjamaschallenge berjaya disambut baik oleh para pengguna dengan mengumpul lebih 300 penyertaan untuk memenangi realme 6.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

91159770_2359856914312297_3850437794316943360_o

Melihat kepada PKP yang dilanjutkan, realme turut memperkenalkan tiga cabaran baharu iaitu #NoodleforREAL, #SwagforREAL and #ExerciseforREAL. Berikut kami kongsikan 3 cabaran yang boleh anda sertai untuk memenangi hadiah menarik daripada realme.

#NoodleforREAL

Menerusi cabaran #NoodleforREAL, orang ramai berpeluang menunjukkan skil memasak mee masing-masing dengan cara yang paling kreatif dan muat naik di Instagram dengan hashtag #NoodleforREAL untuk memenangi baucer GrabFood bernilai RM30.

Sebanyak 30 pemenang bakal dipilih dimana cabaran ini bakal berlangsung daripada 25 Mac sehingga 31 Mac 2020.

#SwagforREAL

Ini cabaran yang buat anda yang mengasah idea kreatif anda. Menerusi cabaran #SwagforREAL, anda diminta untuk mengambil gambar menarik dan kreatif sekitar kawasan rumah.

30 gambar paling unik dan kreatif dengan hashtag #SwagforREAL di Instagram bakal dipilih sebagai pemenang. Cabaran ini bakal berlangsung bermula 28 Mac sehingga 1 April 2020 ini.

mmexport1585363422967

#ExerciseforREAL

Cabaran ketiga yang dianjurkan realme adalah #ExerciseforREAL dimana anda boleh menyertainya dengan memuat naik video bersenam di rumah pada platform Instagram beserta hashtaf. Sebanyak 30 pemenang bakal dipilih dimana setiap pemenang bakal menerima baucer GrabFood bernilai RM30. Cabaran ini bakal berlangsung pada 30 Mac sehingga 3 April 2020.

realme pada bulan ini telah melancarkan model terbaru mereka iaitu realme 6 dengan harga serendah RM999.

Model Empat Kamera Belakang realme 6 Dilancarkan Dengan Harga RM999

Model Tiga Kamera realme C3 Berharga RM499 ‘Sold Out’ Dalam Masa 12 Minit

Anda Mungkin Suka