Setiap bulan, pasti ada sahaja kempen baharu yang dilancarkan realme. Bermula dengan kempen secara interaktif sehinggalah kepada promosi besar-besaran yang dijalankan.

Pada bulan ini, realme kembali lagi dengan kempen baharu yang dinamakan sebagai ‘realme Belanja-lah’ hasil kolaborasi bersama KyoChon. Menerusi kempen ini, orang ramai berpeluang memenangi telefon pintar realme 7i dengan hanya memesan ayam goren KyoChon melalui GrabFood pada 15 sehingga 20 Oktober 2020 ini jam 12 tengah hari sehingga 4 petang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan kempen ini dijalankan melihatkan kecintaan pengguna di Malaysia terhadap ayam goreng.

kyochon

Mengulas mengenai realme 7i, model ini dikuasakan processor Snapdragon 662 dengan RAM 8GB beserta 128GB ruang storan. Model ini hadir dengan dua warna menarik iaitu Aurora Green dan Polar Blue dengan harga RM999. Anda yang berminat untuk menjadi yang terawal mendapatkan realme 7i boleh mendapatkannya di Lazada dengan klik di sini.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai realme 7i, anda boleh klik pautan di bawah bagi mengetahui seleksi produk yang tersedia.

Siri realme 7 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Bermula Pada Harga RM1,299

realme Tersenarai Dalam Tiga Jenama Telefon Pintar Pilihan Pengguna Di Malaysia