Ini berita baik buat anda diluar sana yang ingin mendapatkan produk Realme yang hangat di pasaran. Realme kini bekerjasama dengan Lazada untuk menganjurkan Super Brand Day iaitu festival membeli belah secara atas talian pada 27 Februari 2019.

Anda berpeluang untuk mendapatkan pelbagai produk Realme pada tawaran dan potongan harga yang menarik (diskaun sehingga RM200) serta berpeluang mendapat hadiah eksklusif hanya pada berlangsungnya acara tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Image – Realme X Lazada Super Brand Day

Menurut Tiffany Teh, pengurus jenama Realme, pihaknya teruja bekerjasama dengan Lazada untuk Realme x Lazada Super Brand buat pertama kali dan memberikan tawaran hebat buat para pembeli.

Antara promosi menarik yang akan dibuat sempena Realme X Lazada Super Brand Day pada 27 adalah penjualan pertama Realme C1 versi 2GB+32GB pada harga RM 429 selain harga diskaun bagi model-model lain termasuk Realme C1 2GB+16GB (RM 399) , Realme 2 3GB+32GB , Realme 2 4GB+64GB (RM 529), Realme 2 Pro 4GB+64GB (RM 699) dan Realme 2 Pro 8GB+128GB (RM 899).

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan telefon pintar idaman anda dan hadiah eksklusif hanya di Super Brand Day.