Sebut mengenai mendapatkan telefon pintar berbaloi pasti ramai yang membayangkan telefon pintar dengan harga yang mencecah sehingga RM4,000.

Walau bagaimanapun, dengan peningkatan spesifikasi telefon pintar kelas pertengahan anda kini mampu mendapatkan telefon pintar yang lengkap digunakan untuk kegunaan harian pada harga dibawah RM1,000 sahaja. Salah satu jenama yang semakin menjadi pilihan kami serta berjadi antara jenama terlaris di Shopee ketika ini adalah Realme.

Melalui jenama ini, Realme menawarkan tiga jenis telefon pintar dengan pengkelasan harga yang berbeza bermula daripada RM499 sehingga RM1,099. Jenama ini dikhususkan buat mereka yang mahu mendapatkan telefon pintar dengan spesifikasi yang baik tanpa mahu berbelanja besar. Berikut merupakan tiga model hangat daripada Realme ketika ini.

1. Realme C1

photo_2018-09-28_16-56-59

Kami mulakan dengan telefon kelas permulaan daripada Realme iaitu Realme C1. Buat anda yang tidak mahu berbelanja besar dalam mendapatkan telefon pintar, Realme C1 antara yang berbaloi anda dapatkan dengan harga permulaan RM449.

Dari segi spesifikasi Realme C1 menawarkan RAM 2GB serta ruang storan 16GB. Model ini turut dikhususkan buat anda yang mahu mencari model dengan saiz skrin yang besar serta kapasiti bateri yang besar tanpa mahu berbelanja dengan kos yang tinggi.

2. Realme 2

Screenshot_20180924-094009

Model kedua daripada Realme pula adalah Realme 2. Model ini menawarkan skrin bersaiz 6.2-inci HD+ dan dikuasakan dengan processor Snapdragon 450 beserta Adreno 506 GPU. Model ini turtu dikuasakan dengan dwi-lensa 13-megapixel dan 2-megapixel pada bahagian belakang manakala bahagian hadapan pula disertakan dengan lensa 8-megapixel.

Para pengguna berpeluang mendapat beberapa variasi melalui model Realme yang ditawarkan melalui perbezaan RAM dan ruang storan yang berbeza. Berikut merupakan tanda harga bagi model Realme 2:

Realme 2 3GB RAM + 32GB ruang storan – RM599
Realme 2 4GB RAM + 64GB ruang storan – RM699

3. Realme 2 Pro

06-2 (1)
Sumber: otuslive

Model ketiga daripada Realme adalah Realme 2 Pro. Hadir sebagai telefon pintar flagship daripada Realme, model ini ternyata berjaya menawarkan apa yang dimahukan pengguna tanpa perlu berbelanja besar.

Dari segi spesifikasi, model ini ditawarkan dengan processor Snapdragon 660AIE serta dibantu bersama Adreno 512 yang ditawarkan dengan teknologi AI. Model in turut dikuasakan dengan Android 8.1 Color OS 5.2. Berikut merupakan tiga variasi model yang ditawarkan buat Realme 2 Pro.

Realme 2 Pro 4GB RAM + 64GB ruang storan – RM849
Realme 2 Pro 6GB RAM + 64GB ruang storan – RM949
Realme 2 Pro 8GB RAM + 128GB ruang storan – RM1,099

Nak tahu apa lagi best? Realme kini turut menawarkan peraduan dimana anda berpeluang ke Korea serta berhibur di Lotte World, Seoul dengan hanya mendapatkan telefon pintar daripada Realme.

Untuk menyertai peraduan ini caranya mudah sahaja, apa yang perlu anda lakukan adalah mendapatkan model Realme di kedai berdekatan anda atau melalui Shopee. Seterusnya, scan barcode yang tertera serta lengkapkan maklumat anda. Kongsikan pengalaman anda bersama model Realme yang didapatkan anda dengan hashtag #AnyeongRealme#SeoulRealme #RealmeChristmas.

11 Pemenang bertuah bakal diumumkan pada 3 Januari 2019. Mudah bukan? Apa lagi, inilah masanya untuk anda mendapatkan telefon pintar terbaru sambil menikmati pakej percutian di Seoul. Sila klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peraduan terbaru Realme.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.