Lama dinantikan peminat, akhirnya realme yang popular dengan penawaran telefon pintar mampu milik beserta spesifikasi berbaloi tampil dengan sebuah lagi produk terbaru iaitu realme watch menerusi rangkaian realme AIoT.

Menerusi model realme watch, model ini nampaknya memfokuskan kepada fungsi kecergasan yang menyeluruh disamping menawarkan penggayaan buat para pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Realme-Watch-Colorways

realme-watch-1024

Dari segi spesifikasi, realme watch dilengkapi dengan skrin 1.4-inci serta kalis air. Model ini hadir dengan fungsi memgfokuskan kepada kecergasan dan sukan sekaligus memudahkan pengguna melihat notifikasi terus daripada jam sahaja.

Sempena pelancaran realme watch model ini sedia ditawarkan dengan harga promosi serendah RM249 sahaja bermula 12 Jun ini eksklusif di Shopee. Harga pasaran bagi model ini adalah RM299. Anda boleh klik di sini untuk dapatkannya dengan harga promosi. Model ini hadir dengan empat pilihan warna iaitu Black, Green, Red dan Blue.

Bulan ini menyaksikan realme melancarkan model X3 SuperZoom dengan harga bermula daripada RM1,999. Ketahui lebih lanjut mengenai telefon pintar terbaru realme ini dengan klik pautan di bawah.

realme X3 SuperZoom Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Bermula Daripada RM1,999

Vocket Unbox: realme X3 SuperZoom, Peranti Baharu Dengan Kamera Lebih Cool