realme X2 Pro baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Malaysia beberapa hari yang lalu. Dan seperti juga jenama lain, peminat sudah mula membuat perbandingan antara realme X2 Pro dan Vivo NEX 3.

Ada yang membuat perbandingan telefon mana yang memberi persembahan yang baik dan ada juga yang menbandingkan kamera kedua-dua telefon pintar ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mari kita lihat perbandingan antara dua peranti ini, mana yang lebih baik di mata kami.

Spesifikasi umum

AndroidPIT-realme-x2-pro-back2

realme X2 Pro hadir dengan sistem pengecasan pantas 50W SuperVOOC Flash Charge yang mampu mengecas penuh telefon anda dengan kadar yang pantas.

Manakala dibelakangnya dilengkapi Hawk Eye Quad Camera dengan saiz 64 MP, 13 MP, 8 MP, 2 MP yang membolehkan peranti ini membuat 20x Hybrid Zoom. Di bahagian hadapan pula dilengkapi dengan kamera 16 MP swafoto.

vivo nex

Manakala Vivo Nex 3 mempunyai sistem pengecasan Vivo Super FlashCharge 44W melalui USB-C. Masih pantas cuma tidak setanding realme X2 Pro. Vivo Nex 3 juga tewas sedikit dengan teknologi kamera realme X2 Pro, hadir dengan hanya 3 kamera iaitu 64 MP, 13MP (telephoto) dan 13 MP (ultrawide).

Perbezaan lain yang boleh dilihat pada kedua-dua telefon ini adalah adalah paparan realme X2 Pro dilihat lebih nipis dengan paparan skrin bersaiz 6.5 inci manakala Vivo Nex 3 pula hadir dengan 6.89 inci.

Kedua-dua model ini menggunakan processor yang sama iaitu cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus yang dikeluarkan oleh Qualcomm.

1534
Realme X2 Pro – GSM

Cip pemproses 7nm Snapdragon 855 Plus adalah edisi terbaru bagi kelas flagship. Ia meningkatkan 15% prestasi penggunaan grafik dan prestasi CPU, sebagai penambahbaikan berbanding Snapdragon 855.

Cip ini menyokong Snapdragon Elite Gaming dan pengunaan skrin paparan Quad HD+ untuk pengalaman gaming yang lebih baik.

realme X2 Pro lebih ‘hype’ berbanding Vivo NEX 3

realme X2 Pro didatangkan khas dengan skrin paparan AMOLED dengan 90Hz Ultra Smooth Display. Kenaikan sebanyak 50% frame rate dengan zero lag bakal memberi pengalaman sempurna tanpa lag buat kaki gamers di luar sana.

Manakala Vivo NEX 3 pula hanya memakai skrin paparan FHD+ yang biasa didapati di telefon pintar kelas pertengahan seperti yang terdapat pada Vivo S1 Pro, realme 3 Pro dan Huawei Y9.

Ini membuktikan realme X2 Pro lebih hype dalam pengalaman permainan video berbanding Vivo NEX 3.

Keupayaan kamera

Kedua-dua telefon mempunyai resolusi kamera yang sama iaitu 9000 x 7000 pixels. Ini menjadikan gambar lebih jelas dan bertindak cemerlang ketika berhadapan dengan kawasan low lights.

Vivo NEX 3 mempunyai tiga kamera dengan lensa utama 64MP (f/1.8), lensa telefoto 13MP (f/2.5) dan lensa ultra lebar 13MP (f/2.2).  Kamera hadapan pula dengan lensa 16MP (f/2.1).

Tetapi realme X2 Pro jadi lebih sedap apabila hadir sekali dengan 64MP Hawk Eye Quad Kamera dengan 20x Zoom Hibrid.

B3B6BAF2-96C6-40F2-B75F-EA2F2CD5176B
Mobile Fokus

Satu teknologi ultra-clear quad kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor telefoto 13MP yang menawarkan zoom optik 5x sehingga 20x zoom hibrid, sensor ultra lebar 115° 8MP dan sensor potret 2MP.

Bagi mereka yang kaki selfie pula, kamera hadapan Realme X2 Pro akan buat mereka nampak lebih flawless dengan 16MP f/2.0 aperture mempunyai fungsi AI beautify.

Gambar lebih ‘natural’

Keupayaan kamera realme X2 Pro dilihat telah menghidupkan gambar-gambar yang diambil dalam apa jua situasi.

IMG_20191202_104551

Seperti contoh gambar di bawah ini di mana X2 Pro berjaya mengimbangi cahaya dan menjadikan gambar seimbang apabila diambil.

Manakala bagi Vivo Nex 3, walaupun ia mempunyai specs yang lebih kurang dengan X2 Pro, tetapi ia dilihat seperti gagal bertindak dengan cemerlang. Ini dapat dilihat ketika gambar di ambil dengan kualiti low lights.

uploadscardimage10807584522e924-85a5-458d-9b07-790636a368da.jpgfull-fit-in__950x534
Mashable.com

realme X2 Pro memberi lebih persembahan dalam permainan video berbanding Vivo NEX 3. Manakala, 90Hz Ultra Smooth Display yang tersedia pastinya memberikan pengalaman yang lebih baik dalam memastikan permainan video yang dilancarkan dapat dimainkan tanpa sebarang lagging.

Manakala bagi kualiti kamera, realme X2 Pro memberi lebih kepuasan yang lebih dengan kualiti gambar yang sempurna. Kerja yang dilakukan kamera X2 Pro ketika situasi low lights juga dihasilkan dengan baik.

Mana satu yang lebih berbaloi?

Dari segi harga (Realme X2 Pro RM2,399 & Vivo Nex 3 RM3,899) dan kelebihan kamera nampaknya berpihak kepada realme X2 Pro. Fungsi stabilization yang terdapat pada peranti Realme X2 Pro ini sangat hebat kerana video kekal stabil tanpa perlu anda menambah sebarang alatan tambahan. Anda boleh lihat sample video realme X2 Pro dalam video YouTube di atas.

Seterusnya, sekiranya anda seorang yang on the go dan suka merakam gambar serta video, kualiti gambar yang dihasilkan realme X2 Pro sangat menakjubkan. Buat anda yang kaki travel, realme X2 Pro sudah cukup menjadi equipment anda untuk merakam setiap detik indah anda. Tidak perlu lagi anda usung kamera besar dan berat ke destinasi yang anda akan tuju selepas ini.

Berikut merupakan ulasan penuh kami untuk model realme X2 Pro. Anda boleh baca tentangnya lagi pada artikel di bawah.

Realme X2 Pro, Peranti Hebat Dengan Kamera Yang Menakjubkan

Realme 5 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599