Realme X2 Pro, telefon pintar masa kini yang hadir dengan harga berpatutan. Memberi pengalaman yang sangat berbeza dengan reka bentuk elegan dan bergaya.

Dijual pada harga RM2,399, X2 Pro hadir dengan panel 90Hz Super AMOLED yang halus. Skrin Full HD + 6.5 inci, yang dihiasi dengan Gorilla Glass 5.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan 480 nits, paparan X2 Pro kelihatan cerah dan segar. Menjadikan pandangan mata lebih selesa walaupun berada di tempat yang gelap mahupun cerah.

Realme-X2-Pro-rear-quad-camera-assembly-1-792×446

Tanda aras yang diletakkan X2 Pro sangat tidak mengecewakan. Gabungan processor dan RAM – 256GB dengan simpanan UFS 3.0 – yang tinggi akan memberikan anda kepuasan secara maksima dalam penggunaan telefon bimbit ini.

Segala jenis permainan anda boleh cuba dan mainkan di telefon bimbit ini. Daripada PUBG Mobile, Fortnite Mobile, Super Mario Run, Minecraft Pocket Edition, Call of Duty Mobile, dan Project: Off Road – semuanya akan memberi satu rasa yang sama, iaitu kepuasan.

Gambar yang hidup dan penuh warna

Sebagai seorang jurugambar, X2 Pro jelas memberi saya kelainan yang lain daripada yang lain. Seolah-olah X2 Pro telah membawa saya ke satu ruang yang lain daripada yang lain.

Dengan kamera utama 64MP, kamera ultra-wide 8MP dan telefoto 13 MP, Realme jelas telah membawa persaingan kamera dikalangan telefon pintar ke satu peringkat yang lain daripada yang lain.

IMG_20191129_230836

IMG_20191130_193640

Warna kelihatan sangat hidup dan memberi keseronokan kepada seorang jurugambar untuk bermain dengan beberapa kesan khas. Ia juga memberi kelebihan kepada jurugambar untuk mencuba setiap ruang dalam keadaan cerah mahupun gelap.

IMG_20191202_104137

IMG_20191202_104351

IMG20191130181358

Keseimbangan cahaya telah memberi gambaran berbeza buat sesuatu gambar tersebut. Biarpun diambil pada satu ruang yang gelap, X2 Pro berjaya mengimbangkan cahaya di luar dan ruang yang kekurangan cahaya.

Tambahan pula, gambar di waktu malam dengan menggunakan kamera ultra-wide ternyata memberi pengalaman yang berbeza kali ini. Ia memberi peluang kepada jurugambar untuk mengambil momen dengan satu sudut ruang yang besar dan jelas.

IMG20191130204911

IMG20191130204744

Revolusi yang dibawa oleh X2 Pro sangat mengagumkan dari segi telefon pintar ini bekerja sehinggalah penggunaan kamera yang sangat cermat dan memberi rasa.

Hadir dengan 90Hz paparan skrin, Snapdragon 855 Plus processor dan 126GB RAM, tidak ada keraguan bahawa ini adalah telefon pintar terbaik bagi tahun 2019.