Mulai memasuki pasaran sejak beberapa tahun terakhir ini, jenama ini seolah tidak menoleh ke belakang lagi dengan melancarkan seleksi model terbaru dengan harga mampu milik secara konsisten.

Terbaharu, jenama ini tampil lagi dengan sebuah model terbaru mereka iaitu realme X3 SuperZoom yang dilancarkan secara rasmi pada hari ini di Malaysia. Apa yang menarik mengenai model ini adalah model ini memfokuskan kepada kemampuan zoom sehingga 60 kali ganda.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →
realme-6 (1)

Sumber: GizChina

Dari segi spesifikasi, model ini dilengkapi dengan skrin 6.6-inci IPS LCD beserta refresh rate sehingga 120Hz. Penggunaan processor Snapdragon 855+ beserta RAM sehingga 12GB. Ruang storan 256GB antara yang ditawarkan. Menariknya, model ini turut menyokong pengecasan pantas 30W dengan kapasiti bateri 4,200mAh.

Mengulas dari segi kamera, model ini menggabungkan sensor 64,8,8 dan 2-megapixel. Penawaran lensa wide, ultra-wide, zoom periscope serta macro antara yang disertakan.

Price annoucement Visual

Model ini dikuasakan oleh realme UI berasaskan Android 10. realme X3 SuperZoom sedia untuk didapatkan bermula 2 Jun ini bermula pada harga RM1,999 bagi model 8GB RAM dan 128GB ruang storan dan RM2,299 bagi model 12GB RAM dan 256GB ruang storan.

Pembeli terawal pada 2 Jun ini di Lazada berpeluang mendapatkan model ini dengan harga serendah RM1,799 sahaja. Sebuah telefon pintar dengan spesifikasi seakan flagship dengan harga yang berbaloi daripada realme.

Turut dikongsikan model yang dilancarkan realme pada bulan lalu iaitu realme 6 Pro yang hadir dengan harga mampu milik.

realme 6 Pro Dengan Enam Kamera Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM1,399

realme 6 Hadir Dengan 8GB RAM Pada Harga RM1199

Anda Mungkin Suka