Sejak mula jenama Realme diperkenalkan, jenama ini dilihat konsisten dalam menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi menarik beserta harga mampu milik.

Bermula dengan Realme 2 Pro, Realme 5 Pro dan terbaharu jenama ini telah melancarkan model terbaru mereka yang memfokuskan kepada spesifikasi dan kamera iaitu Realme XT.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →
Apa yang menarik mengenai Realme XT
Master (1)

Sumber: Gadgets Now

Dari segi rekaan dapat dilihat Realme menampilkan rekaan yang hampir sama seperti Realme 5 Pro dengan penyertaan skrin 6.4-inci Super AMOLED beserta takuk waterdrop yang unik.

Seperti model Realme yang lain, Realme XT dilengkapi dengan spesifikasi yang pada kami sangat berbaloi berdasarkan tanda harganya. Model ini dilengkapi dengan processor Snapdragon 712 AIE, RAM 8GB manakala ruang storan model ini hadir dengan saiz 128GB.

Sokongan pengecasan pantas 20W VOOC Super Charge dengan kapasiti bateri 4,000 mAh secara tidak langsung bakal memudahkan untuk mendapatkan pengecasan penuh dengan pantas.

Menyokong HyperBoost 2.0

Disaat orang ramai kini lebih cenderung untuk bermain game pada telefon pintar, model ini nampaknya tidak mahu ketinggalan dengan sokongan HyperBoost 2.0

Melalui HyperBoost 2.0, para pengguna tidak lagi akan mengalami masalah melibatkan lagging dan sebagainya ketika bermain game yang pastinya bakal membuatkan pengalaman bermain sedikit terganggu.

Quad camera AI 64-megapixel
realme-xt-featured-image

Sumber: Xda-developers

Tidak hanya memfokuskan keapda spesifikasi semata-mata, Realme XT nampaknya turut memberi penekanan pada aspek fotogorafi dengan penyertaan empat kamera 64-megapixel beserta sokongan AI.

Kamera utama model ini dilengkapi dengan sensor 64-megapixel, diikuti dengan lensa sudut lebar 8-megapixel, 2-megapixel makro serta 2-megapixel lagi untuk sokongan gambar potret. Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan kamera hadapan 16-megapixel khusus untuk anda berswafoto.

Berdasarkan percubaan, kami amat teruja dengan keupayaan kamera ini lebih-lebih mengetahui harganya yang mampu milik. Menawarkan gambar yang memukau pada jarak biasa, jauh serta pada keadaan gelap antara yang mampu dilakukan oleh Realme XT.

Berikut kami kongsikan sampel gambar daripada model ini. Untuk pengetahuan, gambar diambil menggunakan mood, pencahayaan dengan jarak berbeza bagi menguji keupayaan kamera Realme XT.

IMG20181231111616

IMG20181231111633

IMG20181231111645

IMG20181231111356

IMG20181231141250

IMG20181231140425

Adakah Realme XT berbaloi untuk didapatkan?
Realme-XT-back-gradient-1200×675

Sumber: Android Authority

Secara jujurnya, pada tanda harga RM1,399 Realme XT dilihat sebagai model paling berbaloi didapatkan berdasarkan paras harganya. Menawarkan spesifikasi yang berbaloi dengan penyertaan Snapdragon 712 AIE beserta RAM 8GB pastinya memberi kepantasan yang diperlukan untuk anda melakukan tugas harian menggunakan telefon pintar.

Selain itu, model ini turut dikhususkan buat anda yang mahu mendapatkan telefon pintar mampu milik serta masih menawarkan imej yang terbaik pada setiap foto yang ambil. Keupayaan digital zoom pada jarak jauh serta fungsi night mode sedikit sebanyak bakal membantu mendapatkan gambar pada jarak yang jauh serta dalam keadaan yang malap.

Realme XT bakal ditawarkan secara eksklusif di Lazada bermula 11 November ini manakala penjualan rangkaian kedai terpilih bakal bermula 9 November ini. Buat anda yang sudah lama bercadang untuk mendapatkan telefon pintar terbaru, mungkin Realme XT antara yang memenuhi kriteria anda.

Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi model Realme yang telah kami review serta berbaloi untuk didapatkan. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Realme 5 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599

Vocket Review: REALME 5 Pro Yang Berbaloi ‘Gila’ Untuk Dibeli

Realme 5 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599

Anda Mungkin Suka