Rebecca Black, seorang penyanyi yang pernah viral di media sosial sembilan tahun lalu dengan lagu Friday telah membuka mulut bagaimana lagu ini memberi kesan negatif kepada hidupnya.

Friday yang keluar pada Februari 10, 2011 telah membuatkan beliau dikenali ramai, tetapi populariti yang dicipta oleh beliau tidak disambut dengan baik apabila ada segelintir netizen telah mengejek beliau disebabkan lagu tersebut.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

Terkini, sembilan tahun selepas lagu itu keluar, Rebecca mengimbas kembali bagaimana lagu itu telah menjadikan beliau mangsa buli seawal umur 13 tahun. Bukan itu sahaja, beliau turut digam oleh beberapa penerbit dalam industri muzik akibat lagu tersebut.

“9 tahun yang lalu hari ini, video muzik untuk lagu yang dipanggil ‘Friday’ telah dimuat naik ke internet. Di atas semua perkara, saya hanya berharap saya dapat kembali dan bercakap dengan diri sendiri yang berusia 13 tahun yang sangat malu dengan dirinya sendiri dan takut kepada dunia,” tulisnya di laman Twitter.

Video muzik ini telah mendapat perhatian ramai dengan kini angka yang telah menonton video klip tersebut sebanyak 166 juta orang.

Biarpun mendapat jumlah tontonan yang memberangsakan, namun ternyata angka itu hanya terdiri daripada mereka yang datang hanya untuk menyindir lagu beliau.

“Untuk diri sendiri yang berumur 15 tahun yang merasakan dia tidak mempunyai sesiapa untuk bercakap tentang kemurungan yang dihadapinya. Untuk diri sendiri yang berumur 17 tahun yang akan pergi ke sekolah hanya untuk dilemparkan makanan kepadanya.

“Untuk diri sendiri yang berumur 19 tahun, yang mempunyai rekod hampir setiap produser/penulis lagu yang memberitahu saya mereka tidak berminat mahu bekerja dengan saya.” Katanya.

Namun, Rebecca tidak mengakhiri mesej beliau dengan mengalah malah mengambil setiap yang berlaku secara positif dan mengingatkan kepada pengikutnya untuk tidak mudah mengalah.

rebeccablack-11-02

Evening Standard

“Saya cuba mengingatkan diri saya bahawa setiap hari adalah peluang baru untuk mengubah realiti anda dan mengangkat semangat anda. Anda tidak akan dihakimi oleh mana-mana pilihan atau berapa lama masa yang diambil.

“Ia satu proses yang tidak pernah lambat untuk bermula. Untuk itu, ayuh kita! Ini mungkin satu perkara yang pelik untuk dimuat naik, tetapi anggaplah ia satu kejujuran.” Katanya mengakhiri nota sambutan ulang tahun kesembilan lagu tersebut.

Beliau telah cuba untuk melarikan diri daripada lagu Friday bagi menenangkan diri. Rebecca juga telah mengeluarkan album EP 2017 dan tahun lalu dia telah keluarkan tiga lagu baharu.

Beliau juga dilaporkan telah menjadi sebahagian daripada peserta dalam siri realiti Fox The Four pada tahun 2018.

Untuk anda, boleh layan lagu terbaharu Naim Daniel. Klik pautan di bawah untuk mendengar.

Naim Daniel Tampilkan Man Keedal Untuk ‘Single’ Baharu Sembah

Anda Mungkin Suka