Seronoknya bila kerajaan umum pembukaan sempadan negara sempena negara beralih ke fasa endemik. Rasanya ramai yang sudah buat perancangan untuk kembali travel ke lokasi yang dihajati. Salah satu bandar yang ramai mahu pergi pastinya kota London.

Bagaimana jika perancangan anda itu jadi kenyataan? Bukan setakat itu, keseluruhan perjalanan anda melawat Battersea Power Station, London pula ditanggung sepenuhnya oleh Sime Darby Property!

Ini bukan mimpi tetapi kenyataan! Sime Darby Property menawarkan lawatan ditanggung penuh untuk dua orang ke Battersea Power Station di Central London, United Kingdom buat pemenang Hadiah Utama Capture8 Photo Contest yang sedang berlangsung sejak 8 April 2022.

Dianjurkan dengan kerjasama Canon Malaysia, pertandingan yang mengujakan ini memerlukan peserta menghantar gambar terbaik yang merakam keunikan perumahan Sime Darby Property berdasarkan 3 tema – Ketenangan (Leisure), Kebudayaan (Culture) dan Keindahan Alam (Nature).

Pertandingan ini akan berlangsung selama 8 bulan sehingga 7 Disember 2022, merangkumi 8 perumahan Sime Darby Property; dengan 8 hadiah menarik ditawarkan untuk setiap kategori yang dipertandingkan iaitu Professional, Smartphone dan Drone.

Selain Hadiah Utama ke London, peserta yang menyertai pertandingan ini turut berpeluang memenangi hadiah berjumlah lebih RM288,888 antaranya kamera DSLR Canon, printer Canon, DJI Drones dan hadiah wang ringgit.

Terbahagi kepada 4 gelombang, 8 perumahan yang diketengahkan dalam pertandingan ini adalah:

Gelombang pertama: Bandar Ainsdale dan Putra Heights (6 April – 7 Jun 2022)
Gelombang kedua: Nilai Impian & KLGCC Bukit Kiara (8 Jun – 7 Ogos 2022)
Gelombang ketiga: SJCC Subang Jaya & KL East Geopark Kuala Lumpur (8 Ogos – 7 October 2022)
Gelombang keempat: Serenia City Sepang & City of Elmina Shah Alam (8 Oktober – 7 Disember 2022)

Setiap perumahan Sime Darby Property ini mempunyai ciri-ciri yang menonjol serta keunikannya yang tersendiri, sepadan dengan tema pertandingan ini. Setiap perumahan ini terkenal sebagai perumahan yang tekankan Ketenangan (Leisure), Kebudayaan (Culture) dalam membina perumahan dan Keindahan Alam (Nature), salah satu usaha Sime Darby Property untuk mengekalkan dan mementingkan kehijauan dalam setiap perumahan mereka.

Capture8 Photo Contest memberi peluang kepada orang awam melihat 3 elemen hebat ini dan merasai sendiri bagaimana kesemua elemen ini ‘dihidupkan’ di setiap perumahan menerusi perancangan, rekaan dan pelaksaaan yang rapi dan teliti.

Bagaimana untuk menyertai Capture8 Photo Contest?

Perkara pertama yang perlu dibuat sebelum menyertai pertandingan ini adalah untuk mengetahui dahulu kisah dan cerita di sebalik setiap perumahan Sime Darby Property di sini.

Langkah kedua adalah untuk mengambil gambar tercantik anda di mana-mana 8 perumahan yang telah dinyatakan di atas.

Langkah ketiga adalah untuk menghantar penyertaan anda di sini.

Langkah-langkah lain yang perlu anda ikuti

Setiap penyertaan akan dihakimi berdasarkan tema, keaslian, kreativiti dan cara penyampaiannya.

Bengkel fotografi bersama Bonnie Yap dan Pojiegraphy

Pada 30 April lalu juga satu bengkel fotografi bersama duta Canon, Bonnie Yap dan jurugambar telefon pintar, Pojiegraphy telah berlangsung di mana kedua-dua jurugambar profesional ini telah berkongsikan tips untuk merakam gambar terbaik dalam setiap kategori.

Tips yang dikongsikan pula berkemungkinan dapat meningkatkan peluang para peserta untuk menang dalam kategori yang disertai.

Jadi anda boleh tonton dahulu video di atas untuk kategori Professional bersama Bonnie Yap atau klik di sini untuk kategori Smartphone bersama Pojiegraphy.

Pada ketika ini, ‘gelombang pertama’ Capture8 Photo Contest sedang berlangsung di Bandar Ainsdale dan Putra Heights sehingga 7 Jun 2022. Penyertaan akan diadili pada 8-11 Jun 2022 dan pemenang akan diumumkan pada 12 Jun 2022.

Untuk sebarang info lanjut, anda boleh klik di sini. Jangan bazirkan kemahiran fotografi anda dan rakam momen terbaik anda di Bandar Ainsdale dan Putra Heights. Selamat maju jaya!

Ini beberapa kisah menarik lain berkaitan kota London. Klik pada pautan di bawah.

Berbasikal Dari London Ke Malaysia, Mereka Dibantu Lelaki Tua Kaya Yang Sangat Zuhud

Lelaki Melayu Ini Buat Kejutan Bertanjak Di Majlis Graduasi Universiti Oxford