Berkumpul dan berbuka puasa bersama ahli keluarga sememangnya menjadi aktiviti yang wajib dilakukan setiap kali menjelangnya Ramadan.

Selain daripada membeli makanan di bazar, pakej bufet Ramadan yang ditawarkan di pelbagai hotel dan restoran turut menjadi pilihan apabila berbuka puasa.

Namun, harga bufet yang tinggi kadangkala membantutkan niat untuk berkumpul dan berbuka di luar.

Sememangnya agak sukar untuk mencari pakej bufet yang menyediakan pelbagai hidangan dan dalam masa yang sama, mesra dompet.

Tempah bufet Ramadan Klook

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan kali ini, anda boleh menikmati pelbagai hidangan bufet yang boleh ditempah melalui Klook.

Klook membawakan pelbagai tawaran bufet Ramadan menarik dengan diskaun harga sehingga 30 peratus dari pelbagai hotel dan restoran mewah.

Berikut antara senarai bufet Ramadan mesti cuba yang ditawarkan Klook:

1. Bufet Ramadan Putrajaya International Convention Centre

Dengan harga bermula RM 93.29, pengunjung dapat menikmati pelbagai juadah menarik dengan tema Citarasa Klasik Ramadan.

Bufet ini menyajikan pelbagai jenis kerabu, masakan tradisional Melayu, kuih-muih, pasta dan pelbagai pilihan manisan.

Anda juga dapat menikmati diskaun harga sehingga 10 peratus apabila membuat tempahan melalui Klook.

2. Le Meridien Putrajaya

Tidak hanya menyajikan pelbagai hidangan makanan, pakej bufet Le Meridien Putrajaya turut membawakan persembahan menarik sebagai tatapan pengunjung ketika menjamu selera dengan harga bermula RM159.80  sahaja.

Selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau dan kawasan parkir, anda juga dapat menikmati potongan harga sehingga 15 peratus apabila membuat tempahan dengan Klook.

3. Grand Hyatt Kuala Lumpur

Bufet Grand Spice Bazaar menawarkan pelbagai sajian tempatan, India serta pelbagai manisan Turki buat santapan seisi keluarga.

Pakej ini bermula dengan harga  RM104 bagi kanak-kanak dan  RM208 bagi pakej dewasa.

Bagi pelanggan terawal yang membuat tempahan melalui Klook, anda dapat menikmati potongan harga sehingga lapan peratus daripada harga sebenar.

Anda boleh mula membuat tempahan di sini.

4. Nook di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buka puasa bersama orang tersayang dengan menu Melayu kegemaran ramai seperti Kambing Bakar Berempah, Nasi Lemak Kukus Pintu Gerbang, Sup Periuk dan banyak lagi.

Bermula dengan harga RM142.40, nikmati juadah terbaik bertemakan Nostalgia Kampung Baru dengan potongan harga sehingga 2020 peratus apabila membuat tempahan dengan Klook.

5. Restoran Berputar Atmosphere 360 di Menara KL

Terletak di Menara Kuala Lumpur, Atmosphere 360 Revolving Restaurant menawarkan pelbagai juadah seperti makanan laut, aneka salad serta pelbagai masakan tradisional Melayu dan manisan.

Bermula dengan harga RM199 pada hari bekerja dan RM248 pada hujung minggu, alami pengalaman berbuka puasa bersama yang tersayang sambil menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur.

Tempahan boleh mula dibuat melalui Klook.

Lihat juga tawaran bufet Ramadan yang lain di sini.

Tidak terhenti di situ, Klook turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik di waktu malam yang boleh dilakukan bersama yang tersayang seperti berjalan menikmati keindahan lampu Bandar Kuala Lumpur, berjalan di Sunway Lagoon Night Park dan bermain luncur ais di Sunway Pyramid.

Selain itu, Klook juga memberikan kemudahan mencari bilik hotel dan kereta sewa bagi melancarkan perjalanan balik kampung anda.

Nikmati penjimatan sehingga RM150 apabila membuat tempahan melalui Klook.

Untuk maklumat lanjut serta tawaran yang lain, layari laman sesawang Klook sekarang.