Red Boat House atau Rumah Merah di Jeti Tan, Pengkalan Weld kini merupakan antara tarikan para pelancong jika berkunjung ke Georgetown. Untuk makluman, Rumah Merah tersebut telah wujud sejak tahun 1879 dan merupakan tokong bagi masyarakat Cina di perkampungan nelayan di situ.

Walaupun tokong terbabit telah lama dibina, tetapi ia menjadi popular sejak awal tahun ini, dan dikatakan hampir sama dengan Blue Boat House di Australia. Sebelum ini, jeti tersebut merupakan pelabuhan untuk mengangkut dan memunggah hasil dagangan ke kapal.

MiTEC
HYPE
‘Hi HOME Property Event’ Acara Hartanah Unik Yang Akan Berlangsung Pada 25 Julai 2019
Baca lagi →

Menurut penjaganya, Tan Joo Tatt, 56, perkampungan yang diasaskan bapa saudaranya, mendiang Tan Bee Eng itu kini mempunyai 11 rumah terdiri daripada keluarga keturunan Tan dan turut menjadi antara enam perkampungan nelayan warisan di bandar raya ini.

clan-jetty-penang-01

Berikutan tempat tersebut menjadi popular, ramai pelancong dari luar negara mahupun rakyat tempatan berkunjung ke tempat tersebut. Walaupun ia merupakan satu perkembangan yang positif dalam industri pelancongan, jeti itu dikhuatiri tidak mampu menampung jika terlalu ramai yang berkunjung dalam satu masa yang sama.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke sini, lokasi tersebut hanya dibuka bermula 8 pagi hingga 10 malam setiap hari bagi menjamin keselamatan penduduk dan pengunjung terutama pada waktu malam.

Di Pengkalan Weld, selain Jeti Tan, terdapat lima lagi jeti membabitkan perkampungan terapung terdiri daripada keluarga berketurunan Lim, Chew, Lee, Yeoh dan satu lagi keturunan campuran dipanggil ‘Mixed Clan Jetty’ dan semuanya kini menjadi lokasi pelancongan.

Anda Mungkin Suka