Jenama Red Bull cukup dikenali sebagai minuman tenaga terkenal di kalangan peminat-peminat sukan lasak. Baru-baru ini Red Bull Advanced Technologies di bawah Oracle Red Bull RacingĀ telah mengumumkan projek ‘in-house‘ hypercar hibrid pertama mereka.

Projek ‘RB17’ ini diketuai oleh Adrian Newey, CTO Oracle Red Bull Racing dan Red Bull Advanced Technologies. Hypercar hibrid 2-tempat duduk ini berkuantiti terhad, sebanyak 50 unit sahaja dibina menggunakan ‘carbon-composite tub‘ dan mempunyai enjin V8 hibrid menghasilkan 1,100hp.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemilik ‘RB17’ bukan sahaja menerima hypercar mereka, bahkan Oracle Red Bull RacingĀ bakal berikan akses simulator, program pembangunan kenderaan, latihan dan pengalaman di litar.

Setiap 50 hypercar hibrid itu mendapat servis dan penyelenggaraan secara terus di kilang Milton Keynes, serta mempunyai akaun profil peribadi yang ‘linked‘ pada pemilik-pemiliknya.

Bagi yang berminat, tempahan kini sudah pun dibuka dengan harga bermula Ā£5 juta (RM26.66 juta) yang tidak termasuk cukai dan kos-kos lain. Produksinya dijadualkan akan bermula pada 2025 nanti.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melaluiĀ FacebookĀ danĀ InstagramĀ untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Daripada enggan membina model SUV mewah, akhirnya Ferrari terpaksa ‘mengalah’ selepas pesaing semakin meninggalkannya jauh apabila permintaan model tersebut semakin meningkat. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Dahulu Ego Tolak Idea Kereta Besar, Kini Ferrari Bakal Lancarkan ‘FUV’ Pertama September Ini

Proses Restorasi Hampir Siap, Namun Kereta Klasik Ini Musnah Dilanggar Sekelip Mata

Gara-Gara Minat Aktiviti Lasak, Lelaki Ini Ubah Suai Honda City Jadi Trak Pikap