Minuman tenaga terkemuka dunia, Red Bull semalam mengumumkan perancangan mereka untuk lebih aktif dalam bidang eSports di Malaysia. Sebagai permulaan, mereka ingin menumpukan perhatian dalam eSports FIFA 16 dan turut memperkenalkan pasukan di bawah tajaan mereka, Team Infinate.

IMG_6373

IMG_6368

Menurut pegawai Business & Consumer Engagement Red Bull Malaysia, Arthur Ang, Red Bull memilih untuk memasuki pasaran dan menaja pemain Fifa 16 kerana mereka nampak potensi permainan video itu untuk pergi lebih jauh dalam eSports negara dan luar negara di masa akan datang.

Tetapi Red Bull tidak memandang sebelah mata scene permainan video yang lain. Memandangkan industri eSports mula mendapat perhatian ramai di negara ini, Red Bull telah melancarkan portal Red Bull Malaysia (redbull.com.my/esports). Red Bull akan memperkenalkan dua fokus utama portal ini nanti iaitu Red Bull Coliseum dan Red Bull eSports Zone.

Red Bull eSporst Zone adalah tempat untuk anda mendapatkan update terkini tentang industri gaming tempatan. Red Bull Malaysia juga akan mengeluarkan content esklusif untuk para gamers di sini.

Red Bull Coliseum pula akan memfokuskan kepada penganjuran tournament dan event sepanjang 6 bulan sehingga akhir tahun ini. Acara Red Bull Coliseum ini akan tertumpu kepada tiga tournament: DotA 2, CS:GO dan FIFA 16. Pertandingan yang akan berlangsung pada bulan Julai, September dan Disember 2016 ini akan menawarkan wang hadiah terkumpul sehingga RM50,000. Wow, banyak tu!

rb0

RB 1

rb 3

rb2

Jadi gamers di luar sana, jangan lupa untuk ke laman web Red Bull Malaysia atau ikuti perkembangan Coliseum ini di laman Facebook Red Bull Malaysia di sini. Manalah tahu nanti jika anda jadi champion, Red Bull mahu menaja anda pula.