RED bukanlah jenama yang popular sepertimana Canon dan Nikon. Lihat daripada rupa parasnya sahaja tidak seperti rekabentuk DSLR yang lain. Dalam pada itu, tahukah anda model terbaru keluaran RED ini berjaya mendapatkan 108 markah di dalam DxOMark test. Sebuah ujian untuk menguji kualiti imej sesuatu kamera.

Model terbaru RED iaitu Helium 8K ini hadir dengan sensor CMOS 35.4-megapixel. Berdasarkan ujian, RED Helium 8K ini berjaya memberikan imej dengan dynamic range, color depth, dan prestasi ISO yang hebat mengatasi kamera-kamera yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kamera ini turut menjadi pilihan buat mereka yang ingin membuat filem berdasarkan kualitinya. Kebolehan untuk merakam paparan 8K (8392 x 3456) dalam 75 fps dan 60 fps melalui format RAW antara ditawarkan melalui model ini.

Sememangnya kamera ini dikhaskan buat mereka yang mahukan kualiti imej dan video pada tahap yang ‘extreme quality’. Buat anda yang sekadar mengambil gambar bagi tujuan ‘casual’, kamera ini mungkin tidak begitu sesuai dengan anda berikutan saiznya yang besar serta harganya yang mahal. Harga yang diumumkan buat model Helium 8K adalah $49,500 (RM220,869.00) tidak termasuk kit lens.

Sumber