Beberapa rumah pelacuran di Red Light District di Amsterdam, Belanda telah dibuka semula selepas ditutup lama akibat wabak COVID-19 yang menyerang negara tersebut.

Sejak dibenarkan beroperasi, pekerja seks komersial mengakui bahawa mereka sudah menerima tempahan daripada beberapa pelanggan, “Saya sudah penuh dengan ‘tempahan’,” kata Foxxy (nama samaran) kepada The Guardian, seorang pekerja seks komersial dan aktivis di Pusat Maklumat Pelacuran di Amsterdam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya mengadakan pesta kecil ketika saya mendengar kerajaan mengumumkan pada 24 Jun lalu bahawa pekerja seks boleh mula bekerja. Semua orang berasa lega kerana dapat kembali bekerja kerana kebanyakan pekerja seks tidak mendapat bantuan kewangan dari kerajaan (semasa wabak),” kata Foxxy.

Pekerja seks komersial dan para pelanggan telah diminta untuk menerapkan peraturan baru bagi menjegah jangkitan penyakit berjangkit.

Foxxy memberitahu kepada media bahawa sebelum melakukan temu janji, pekerja seks komersial perlu memeriksa pelanggan mereka dan bertanya kepada mereka adakah mereka mempunyai gejala atau hubungan rapat dengan pesakit COVID-19.

Selain itu, mereka juga perlu kerap mencuci tangan, membersih kawasan mereka  dengan pembasmi kuman, serta menukar cadar yang telah digunakan, “Syarat-syarat baru itu penting. Tetapi kami tidak diharuskan memakai topeng semasa hubungan intim,” jelas Foxxy.

Timbalan Perdana Menteri Belanda Hugo de Jonge mengatakan bahawa ada kebiasaan baharu dalam pencegahan terhadap wabak COVID-19, tetapi dia mengingatkan kepada rakyat Belanda untuk tetap waspada, lapor NST.

De Jonge mengatakan bahawa lebih banyak kebebasan yang diberikan, maka lebih besar tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh rakyat Belanda dan perlu sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap ancaman gelombang kedua wabak COVId-19.

Terdahulu, rakyat Belanda telah beratur panjang untuk membeli bekalan ganja selepas kerajaan isytihar perintah lockdown bagi menangani wabak COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rakyat Belanda Panik, Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar ‘Lockdown’

Kerajaan Belanda Buat ‘U-turn’, Arah Kedai Ganja Dibuka Semula Untuk Orang Ramai

Sumber