Kasut terkenal yang berasal dari Amerika iaitu jenama Red Wings Heritage baru-baru ini telah memperkenalkan model terbaru Work Oxford untuk keluaran musim bunga.

Kasut ini direka mengikut gaya moden yang diinspirasikan daripada rekaan Work Oxford 303 yang dihasilkan pada 1950. Model ini turut menggunakan kulit oil tanned bermutu tinggi untuk nampak mewah. Di bahagian tapak kasut pula, Red Wings masih mengekalkan Traction Tred pada rekaan model ini.

Terdapat dua pilihan warna untuk model ini iaitu coklat dan hitam. Kepada yang berminat untuk memiliki kasut jenama legend ini, anda boleh mula menbelinya di laman web Red Wings Heritage dengan harga $249.99 (RM 985.34) bermula hari ini.

red-wing-heritage-work-oxford-02-1440×960

red-wing-heritage-work-oxford-03-1200×800

red-wing-heritage-work-oxford-04-1440×960