Kepada penggemar makanan steambot, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda lokasi terbaik untuk menikmati masakan ini. Red Wok Restoran merupakan salah satu restoran steamboat yang popular di Bangi dan yang paling menarik sekali ialah harganya sangat berpatutan.

Mic Drop
HYPE
Sterk Production Buat Hal Lagi Dengan Parodi Mantap ‘Mic Drop’ BTS
Baca lagi →

Senang nak cari restoran ini kerana ianya terletak di sebelah jalan besar di Bangi Seksyen 9 dan bangunannya pula berwarna merah. Kami pergi ke restoran ini dalam pukul 8 malam. Bila kami tiba di sana, telah ramai pengunjung yang hadir untuk menikmati pilihan makanan steambot.

26031_109258865765302_2285493_n

BACA: Mee Tarik Warisan Asli Sungai Besi Memang Padu!

Terdapat lebih pelbagai jenis pilihan makanan bagi penggemar steambot seperti daging, ayam, isi ikan, udang, sayuran, yong tau foo dan pelbagai lagi.

Bukan itu sahaja, restoran ini turut menyediakan pilihan makanan lain seperti nasi goreng, mee goreng, kambing masak kicap, buah-buahan serta aiskrim sebagai dessert. Anda pasti rambang mata dengan pilihan makanan yang tersedia.

2

13

3

Red Wok menyediakan 2 jenis kuah steambot iaitu sup ayam dan tomyam. Tapi pada malam itu kami memilih tomyam. Rasanya sedap cuma sedikit masin.

Jom lihat menu apa yang kami ambil. Jangan terkejut dengan portion yang kami ambil ya. Memang kami nak nikmati puas-puas makan di sini.

14

10

12

Mereka menyediakan kami 2 jenis sos iaitu berwarna merah daripada cili merah dan satu lagi berwarna hijau yang dibuat daripada cili hijau. Kami tak berapa gemar sos merah kerana rasanya agak masam, tapi sos hijau dia memang sedap. Terdapat 3 jenis pilihan sos lagi di bahagian kawasan mengambil makanan.

Mereka juga menyediakan marjerin untuk anda memanggang daging ataupun ikan. Pastikan anda sapu marjerin di atas tempat memanggang dahulu, kalau tidak habis melekat isi daging nanti. Waktu inilah anda nak tunjukkan kemahiran anda memasak.

20

9

15

Ini antara dessert yang kami ambil. Memang sedap selepas kenyang menjamu selera dengan lauk steambot.

7

BACA: The Farm Satay & Grill Alam Damai, Cheras Tempat Wajib Pergi Penggemar Makanan Western

Kawasan restoran ini memang besar. ia terbahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian All You Can Eat Steambot dan satu lagi All You Can Eat Sizzling Steambot. Suasananya sangat menyenangkan memang dapat membangkitkan selera makan anda.

21

4

11

Ini dia harga untuk satu sesi makan di Red Wok.

8

Memang sangat puas hati makan di sini. Bawalah seisi keluarga anda untuk menikmati masakan steambot di Red Wok dan pilihan makanannya pasti bikin perut anda buncit.

Nama restoran : Red Wok Restoran
Alamat : Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor (waze)
Layari Facebook Page dan website restoran ini.
Waktu beroperasi : Isnin – Jumaat 5pm -12am, Sabtu – Ahad 12pm – 12am

BACA: Vocket Makan… Sup Urat Keting Bandar Baru Bangi

BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group