Xiaomi hari ini mengumumkan siri telefon pintar paling mampu milik; Redmi Note 11 series yang bakal dilancarkan secara global dan akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi!

Anda juga berpeluang untuk saksikan sendiri pelancaran eksklusif telefon pintar ini melalui laman Facebook rasmi Xiaomi pada 10 Februari nanti, jam 12 tengah hari! Dah boleh set reminder supaya anda tidak terlepas menontonnya ya?

Legasi Redmi Note series kini selangkah lebih ke hadapan!

Untuk anda yang tengah berkira-kira mahu beli telefon pintar baru, memang inilah dia masa paling sesuai sebab Redmi Note 11 series bukan telefon pintar beshe-beshe ya, dengan harga yang sangat berpatutan anda dijamin bakal berpuas hati dengan spesifikasi dan ciri yang kini lebih mantap dan semestinya berbaloi!

Hadir dengan 4 pilihan peranti terbaru Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 keesemuanya dilengkapi penambahbaikan dari segi sistem kamera, kepantasan mengecas, paparan dan SoC, sekaligus menjadikan ia sebagai telefon pintar mampu milik yang jauh lebih hebat berbanding sebelumnya!

Gambar anda lebih ‘onz’ dengan kamera 108MP

Menjanjikan pengalaman fotografi yang jauh lebih hebat, kamera Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, dan Redmi Note 11S dilengkapi sensor utama sehingga 108MP! Membolehkan pengguna untuk berkongsi momen indah dengan true-to-life details!

Menggunakan sensor Samsung HM2 dengan saiz sehingga 1/1.52″ , kamera utama peranti ini dicipta dengan 9 dalam 1 binning technology bersama dual native ISO bagi menghasilkan gambar yang berdinamik tinggi meskipun ia dirakam dalam keadaan cahaya yang terhad.

Mudahlah guys! Tak payah dah anda nak mintak extra lighting daripada kawan-kawan kalau ambik gambar dekat kawasan gelap. Pakai phone sendiri sahaja dah cukup.

Lagi best sebab Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S mempunyai kamera hadapan 16MP! Gambar selfie anda dijamin lebih clear dan nampak natural selepas ini. Boleh terus post di media sosial tanpa rasa insecure dah.

Dilengkapi FHD+ AMOLED DotDisplay & rekaan flat-edge body design

Redmi Note 11 series mempunyai refresh rate sehingga 120Hz dan touch sampling rate sehingga 360Hz bagi menambah baik persembahan skrin telefon pintar anda, ia memastikan pengguna dapat menikmati transisi skrin yang smooth dan jelas tanpa lagging serta lebih sensitif pada sentuhan.

Didatangkan dengan skrin bersaiz 6.67-inch dan 6.43-inch, siri ini lengkap dengan FHD+ AMOLED DotDisplay dan DCI-P3 wide color gamut menghasilkan warna yang lebih vibrant pada paparan skrin!

Dari segi kejelasan skrin pula anda memang tak perlu risau sebab ia mampu mencapai 1200 nits untuk paparan skrin yang terlihat jelas meskipun di bawah terik mentari.

Redmi Note 11 series direka dengan flat-edge body design lengkap bersama dual super linear speakers di bahagian atas dan bawah telefon pintar tersebut. YA, ATAS DAN BAWAH. bukan satu tetapi dua bahagian! Kalau guna untuk main game atau tengok video memang layan habis.

Boleh dicas penuh dalam masa lebih kurang 1 jam!

Kesemua 4 peranti Redmi Note 11 series dilengkapi 5,000mAh kapisiti batteri! Bukan itu sahaja, malah ia juga mempunyai 67W turbo charging buat Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro yang membolehkan pengecasan sehingga 50% dalam hanya 15 minit sahaja!

Sementara Redmi Note 11S and Redmi Note 11 pula hadir dengan 33W Pro fast charging yang membolehkan pengecasan penuh dalam masa lebih kurang 1 jam!

Pemprosesan pula macam mana? Laju ke tidak? Jawapannya semestinya sangat pantas kerana Redmi Note 11 Pro 5G dikuasakan dengan advanced octa-core processor Snapdragon® 695. Chipset ini menawarkan penyambungan 5G, menjamin prestasi hebat dan pantas!

Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S hadir dengan advanced octa-core MediaTek Helio G96 processor serta 8GB RAM!

Redmi Note 11 pula dilengkapi Snapdragon® 680 processor direka dengan flagship-level 6nm process khusus untuk prestasi yang mantap dan menjimatkan tenaga penggunaan pada masa yang sama.

Macam mana guys? Mesti dah teruja dan mahu tukar phone baharu kan? Jangan lupa tonton pelancaran eksklusif Redmi Note 11 series pada 10 Februari jam 12 tengah hari DI SINI okay?

Jom jadi orang terawal untuk miliki Redmi Note 11 series dan rasai sendiri kehebatan peranti pintar ini!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk Xiaomi anda boleh layari laman Facebook Xiaomi DI SINI.

Ini beberapa artikel lain berkaitan produk lain keluaran Xiaomi. Baca lagi pada pautan di bawah.

Xiaomi Mungkin Bekerjasama Dengan Leica Untuk Hasilkan Kamera Bagi Model 12 Ultra

Xiaomi Lancarkan Projektor Laser Premium Dengan Harga Mencecah RM10K

4 Sebab Xiaomi 11T Pro Bakal Menggegarkan Pasaran Telefon Pintar Android