Berita baik buat peminat sukan negara apabila regu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mara ke final selepas menumpaskan pasangan dari China, Xu dan Ma dengan mata 21-12, 21-19 !

Kini Malaysia bakal menerima sekurang-kurangnya sebutir lagi pingat perak dalam acara ini. Saya pasti dengan semangat juang yang ada dalam diri mereka berdua ini, pingat emas bakal menjadi realiti di Olimpik Rio.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Peng Soon-Liu Ying akan menentang pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Lilyana Natsir dalam perlawanan akhir Rabu ini selepas pasangan dari Indonesia itu ke final selepas mengalahkan pilihan utama dari China, Zhang Nan-Zhao Yunlei 21-16, 21-15.

All the best buat pasangan Peng Soon-Liu Ying. Satu Malaysia di belakang kamu!

team malaysia