Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berjaya mengalahkan pasangan Indonesia Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan pada perlawanan akhir final kejohanan badminton All England 2019 sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Birmingham, pasangan regu negara tewas 21-11, 14-21, 12-21 dalam perlawanan yang penuh mendebarkan. Pasangan Aaron-Wooi Yik adalah regu pertama negara yang berjaya sampai ke pentas akhir, kali terakhir oleh pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada tahun 2011.

Pasangan negara yang berada di ranking ke-18 dunia tidak menjadi favourite dalam kejohanan All England. Pengalaman nyata memberi kelebihan kepada gandingan Hendra-Ahsan untuk menjuarai perlawanan sebentar tadi.

Namun berjaya sampai ke peringkat akhir adalah satu pencapaian yang baik buat pasangan Aaron-Soh Wooi.

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →