Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) terus mempergiat usaha membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu menerusi Op Murni.

Di Kelantan, operasi yang bermula semalam melibatkan antaranya pasukan 21 RAMD mengatur gerak 13 anggota lain-lain pangkat (LLP) bagi operasi menyelamat dan memindahkan 17 mangsa banjir dari Kampung Chenderung Kubu dan Kampung Julok ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor, Tumpat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian di Facebook Briged Kelapan Infantri Malaysia, pasukan 21 RAMD turut bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Bandar Baru Tumpat termasuk menyalurkan bekalan makanan.

Di Kota Bharu, Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) melalui Rejimen 506 (Askar Wataniah) dengan disertai seorang pegawai dan 24 anggota LLP turut sama dalam bantuan kemanusiaan dengan memindahkan mangsa banjir ke PPS Sekolah Kebangsaan Pak Badol, Melor.

Sementara itu, di Terengganu, seorang pegawai dan 10 anggota LLP daripada pasukan 18 RAMD (Para) turut diatur gerak untuk membantu masyarakat setempat yang terjejas banjir di Kampung Lentang, Dungun dan kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Lentang, Dungun.

Sumber