Berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum Apple melancarkan siri iPhone 12, nampaknya model ini yang pada mulanya hadir dengan gambar rekaan konsep kini telah tertiris sepenuhnya dengan rekaan yang serba baharu.

Menerusi rekaan yang tertiris, dapat dilihat Apple nampaknya mahu mengembalikan rekaan iPhone yang lebih berkotak seakan iPad Pro serta iPhone 5. Gambar-gambar yang tertiris pada kali ini juga dilihat sangat mirip dengan rekaan konsep yang dikongsikan sebelum ini.

1080x1080_digital-article
HYPE
Ini Cara Mudah Tebus Aiskrim Dan Air Kotak Percuma Khas Untuk Pelanggan Shell & BonusLink
Baca lagi →
1745747.v1

Sumber: cnmo

Berdasarkan beberapa sumber, Apple dijangka bakal memperkenalkan empat model dengan tiga saiz berbeza yang terdiri dengan saiz skrin 5.4-inci, 6.1-inci dan 6.7-inci.

Nama-nama bagi model ini turut tertiris melalui laman web T-Mobile Belanda dimana Apple bakal menggunakan nama iPhone 12, iPhone Max, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Apple yang dijangka bakal diumumkan pada akhir tahun ini.

Melalui ura-ura sebelum ini, Apple dijangka tidak lagi menawarkan pengecas dan EarPods di dalam kotak iPhone dimana pengguna perlu mendapatkannya secara berasingan.

iPhone Mungkin Tidak Lagi Didatangkan Dengan Pengecas Dan ‘EarPods’

Machines Tawarkan Promosi iPhone XR Dengan Harga Serendah RM1,799

Anda Mungkin Suka