Malaysia mempunyai ramai rakyat berbakat yang telah mengangkat nama negara ke mata dunia di dalam pelbagai industri termasuklah automotif. Bakat mereka diiktiraf sehinggakan ada yang berjaya membangunkan teknologi speaker untuk syarikat kereta mewah dari England.

Baru-baru ini semasa acara tahunan Hari Reka Bentuk Perindustrian Sedunia (WIDD) yang dianjurkan oleh Persatuan Pereka Perindustrian Malaysia (Pereka) pada 3 dan 4 Julai lalu, Ketua Rekabentuk Industri Mimos Berhad dan bekas pereka Proton, Saharudin Busri telah memperlihatkan idea rekaan konsep kereta elektrik Malaysia (MEV).

vocket-konsep-kereta-elektrik-malaysia-5
Sumber Gambar: Harian Metro
vocket-konsep-kereta-elektrik-malaysia-9
Sumber Gambar: Facebook Saharudin Busri

Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 27 tahun dalam bidang rekaan automotif menyatakan konsep kereta elektrik ini menggunakan bentuk hatchback  segmen-B model Volkswagen Golf sebagai contoh untuk membangunkan rekaan 3D tersebut.

“Saya melihat saiz segmen ini sesuai untuk pasaran Malaysia seperti Perodua Myvi yang menjadi kenderaan terlaris di negara ini.

“Idea bentuk bampar dan rekaan grilnya tampil berbeza daripada kereta enjin pembakaran bahan api (ICE) kerana untuk EV, ia hanya menggunakan motor elektrik,” katanya kepada Harian Metro.

Saharudin mengambil masa sekitar tiga minggu untuk menghasilkan rekaan konsep MEV yang bermula dengan proses lakaran 2D yang kemudian menjadi 3D untuk bahagian luaran serta dalaman kereta konsep ini.

“Untuk menjadikan ia berbentuk 3D, saya gunakan perisian Autodesk AliasStudio yang kebanyakan digunakan pereka automotif di seluruh dunia,” terang beliau.

Saharudin turut mengambil inisiatif kepada industri dengan menganjurkan kelas mempelajari perisian tersebut kepada penuntut dan pensyarah universiti di Malaysia sebagai satu tanggungjawab sosial buat beliau.

vocket-konsep-kereta-elektrik-malaysia-10
Sumber Gambar: Facebook Saharudin Busri
vocket-konsep-kereta-elektrik-malaysia-8
Sumber Gambar: Facebook Saharudin Busri

“Perisian ini saya gunakan sejak bekerja di Proton, namun ia berubah mengikut peredaran masa dengan tambahan ciri-ciri dan aplikasi menjadikan visual kenderaan itu seakan-akan sudah wujud di dunia sebenar.

“Ia juga boleh digunakan secara realiti maya (VR) untuk mempersembahkan hasil rekaan kepada pelanggan di seluruh dunia.

“Perisian ini banyak mengubah landskap pereka perindustrian ketika ini, bukan sekadar dalam negara, malah membolehkan pereka tempatan mengembangkan bakat ke seluruh dunia,” katanya.

Tambah Saharudin lagi, walaupun kereta tersebut cumalah rekaan konsep, beliau berharap ia dapat menjadi sumber inspirasi dalam penghasilan kereta EV Malaysia pada masa akan datang.

Beliau juga mahu agar lebih ramai pereka dapat membantu negara dalam menghasilkan produk-produk automotif yang lebih inovatif, canggih dan boleh bersaing dengan pereka dari negara luar.

vocket-konsep-kereta-elektrik-malaysia-1
Sportcar pertama Malaysia | Sumber Gambar: Facebook Saharudin Busri
vocket-konsep-kereta-elektrik-malaysia-2
Sportcar pertama Malaysia | Sumber Gambar: Facebook Saharudin Busri

Untuk makluman semua, nama Saharudin bukanlah asing dalam dunia rekaan automotif tempatan kerana beliau turut membangunkan reka bentuk Esna Venere, sportcar pertama Malaysia yang tidak sempat direalisasikan pada tahun 2005.

Beliau yang berkhidmat di Proton selama tiga belas tahun dari 1994-2007, pernah memberikan sentuhan kepada beberapa buah model seperti Proton Wira, Tiara, Satria, Perdana V6 dan lain-lain lagi.

Anda boleh lihat lagi pelbagai hasil kerja beliau yang futuristik dan inovatif melalui Facebook, Instagram dan YouTube beliau.

Sudah menerima 20 tempahan dari pelanggan, namun sayang sekali projek sportcar pertama Malaysia terkubur sebelum sempat diproduksikan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Esna Venere’ Supercar Buatan Malaysia Yang Terkubur

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Cipta Speaker Khas Untuk McLaren Senna