Honda pada hari ini telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Honda Jazz pada Tokyo Motor Show. Model generasi keempat daripada Jazz ini bakal menjadi taruhan Honda bagi segmen kereta kompak bermula tahun 2020.

Menurut Honda, rekaan yang ditawarkan pada kali ini menggabungkan elemen keselesaan serta moden khusus buat para pengguna kini. Sebanyak lima varian diperkenalkan di Tokyo Motor Show 2019 yang terdiri daripada Basic, Home, Ness, Luxe dan Crosstar. Berikut kami kongsikan rekaan rasmi bagi Honda Jazz keluaran 2020.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →
Screen Shot 2019-10-23 at 11.27.18 AM

Sumber: Cnet

Screen Shot 2019-10-23 at 11.45.39 AM

Sumber: Cnet

Screen Shot 2019-10-23 at 11.38.18 AM

Sumber: Cnet

Screen Shot 2019-10-23 at 11.38.08 AM

Sumber: Cnet

Screen Shot 2019-10-23 at 11.38.26 AM

Sumber: Cnet

Pihak Honda nampaknya tidak berkongsi banyak mengenai enjin yang digunakan pada Honda Jazz keluaran 2020 ini. Walau bagaimanapun, Honda mengesahkan pengeluaran enjin jenis biasa dan hybrid.

Selain daripada rekaannya yang moden, Honda turut memperkenalkan ciri Honda Connect dan Honda Sensing yang sebelum ini ditawarkan pada model dengan harga yang lebih tinggi. Penawaran Honda Sensing bakal memberi indikasi kepada pengguna mengenai jarak kereta di hadapan dan tepi serta membantu pemanduan pengguna.

Interior Honda Jazz 2020_2

Sumber: Motor1

Interior Honda Jazz 2020

Sumber: Motor1

Berdasarkan tinjauan awal kami di laman media sosial, rekaan terbaru Honda Jazz ini telah membuatkan para netizen berselisihan pendapat. Terdapat segelintir netizen yang berpendapat rekaan terbaru ini dilihat sangat moden dan futuristik malah segelintir lagi berpendapat rekaan ini sangat membosankan. Kongsikan bersama kami pendapat anda mengenai Honda Jazz generasi terbaru ini.

Selain Honda Jazz, tahukah anda Honda bakal turut melancarkan Honda City dengan enjin 1.0 turbo seawal tahun hadapan. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Honda City 2020 Dijangka Bakal Diperkenalkan Dengan Enjin 1.0 Liter Turbo

Lihat Ulasan Honda Civic Daripada Perspektif Seorang Wanita

Elak Bayar Tol, Netizen Cari Honda Jazz Langgar Kereta Pelumba Negara

 

Anda Mungkin Suka