Berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi siri yang paling dinantikan peminat Huawei, jenama ini dijangka bakal memperkenalkan model terbaru mereka iaitu P40 Pro pada Mac ini.

Pada tahun ini, Huawei pastinya mahu mengekalkan takhta mereka sebagai penawar telefon pintar dengan kamera terbaik menurut DxOMark sekaligus menyertakan spesifikasi kamera yang lebih hebat.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →
Screen Shot 2020-01-17 at 1.11.02 PM

Sumber: Twitter @evleaks

Menurut rekaan yang dikongsikan @evleaks, dapat dipastikan Huawei P40 Pro bakal disertakan dengan lima kamera utama manakala dua kamera pada bahagian hadapan disertakan pada skrin. Penggunaan material seramik pada kerangka telefon pintar ini sekaligus membuatkan model ini kelihatan lebih premium.

Setakat ini masih belum diketahui lagi spesifikasi apakah yang bakal disertakan pada Huawei P40 Pro. Melihatkan model Mate 30 Pro sebelum ini, sudah pastinya Huawei P40 Pro tidak mempunyai masalah untuk menjadi ‘raja’ dalam kelompok telefon pintar dengan kamera terbaik.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan komputer riba, Huawei MateBook D 15 antara model yang perlu anda beri perhatian. Ditawarkan dengan harga bajet, model ini nampaknya berjaya memberi pengalaman seolah komputer riba flagship.

HUAWEI MateBook D 15, Komputer Riba Bajet Dengan Kualiti ‘Flagship’

Seharian Tanpa Cas Dan ‘Powerbank’, Ini Review Jujur Kami Tentang HUAWEI Y9s

Anda Mungkin Suka