Jika sebelum ini rekaan nasi lemak untuk Vans Custom Culture trending di Twitter, rupanya bukan rekaan berkenaan sahaja yang mempunyai jumlah undian yang banyak untuk peringkat Asia.

Peserta dari Malaysia, Najlaa Razak kekal di tangga pertama dengan lebih 37,000 undian di hadapan ribuan penyertaan yang lain. Rekaannya yang simple dan comel boleh diundi di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda lihat pada senarai Top 10 pula, 4 rekaan lain juga merupakan penyertaan dari Malaysia. Ini bermakna, 5 daripada 10 rekaan teratas kini dipegang oleh peserta dari Malaysia! Kami senaraikan rekaan mereka di sini.

1. NAJLAARZK
Vans Msia 1

2. WENCTAY
Vans Msia 2

3. JIMMYWBK
Vans Msia 3

4. HAFIDZMUSA
Vans Msia 4

5. OZYDOZZY
Vans Msia 5

Pusingan undian ini akan ditutup malam esok (13 October 2019). Jadi sama-sama kita teruskan undian supaya ada wakil dari Malaysia yang akan layak ke pusingan seterusnya.

Mana-mana individu yang bergelar juara peringkat Asia, kasut berkenaan akan dihasilkan oleh Vans dan dijual di seluruh dunia! Baca lagi tentang inisiatif Global Custom Culture di bawah.

Vans Lancar Pertandingan ‘Global Custom Culture’ Dengan Hadiah RM100,000

Rekaan Nasi Lemak Untuk Vans Custom Culture Ini Curi Perhatian Netizen