Selepas kolaborasi hebat bersama Dragon Ball Z tahun lalu, nampaknya Naruto bakal jadi anime seterusnya yang bakal berkolaborasi bersama adidas.

Ianya berikutan tertirisnya salah satu model sample daripada koleksi ini dikongsikan oleh solebyjc. Model berwarna merah jambu tersebut mewakili watak Sakura Haruno dengan perincian watak Sakura pada bahagian insole, tulisan T.7 (Team 7) dan tulisan kanji pada hujung tali kasut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kolaborasi ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak adidas. Jika ianya benar, bolehlah anda padankan kasut ini dengan topi kolaborasi New Era x Naruto nanti.