Mula dijangka untuk dilancarkan seawal September ini, nampaknya Apple mungkin akan menangguhkan pelancaran iPhone flagship mereka dan bakal ditawarkan seawal tahun hadapan.

Model yang disebutkan tidak lain lagi adalah Apple iPhone 12. Menerusi ura-ura terbaru yang dikongsikan oleh ConceptiPhone, model terbaru iPhone yang bakal dilancarkan pada kali ini dijangka bakal hadir dengan kuad-kamera buat pertama kali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sensor tambahan 3D TOF seperti yang tersedia pada iPad Pro antara yang bakal disertakan pada iPhone 12 kali ini. Gambar yang tertiris di atas turut memberi gambaran rekaan iPhone 12 yang bakal dilancarkan.

Selain daripada penawaran kamera yang hebat, iPhone 12 juga bakal menjadi turut disertakan dengan processor Apple A14 dengan core processor berkelajuan sehingga 3Ghz.

Berita penawaran iPhone 12 dengan warna Navy Blue antara yang membuatkan orang ramai teruja untuk memilikinya.

Apple iPhone 12 Mungkin Hadir Dengan Warna ‘Navy Blue’

Apple iPhone 12 Mungkin Tidak Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini

iPhone 9 Bakal Dilancarkan Secara Atas Talian Seawal Bulan Ini?