Baru sahaja iPhone 11 Pro dilancarkan secara rasmi, muncul mula sebuah video konsep memaparkan iPhone dengan dwi-skrin. Rekaan lama dengan gaya futuristik ini sekaligus membuatkan para netizen teruja untuk menantikannya.

Menawarkan rekaan seakan telefon jenis slide seperti sedekad lalu, model terbaru ini dilihat menggunakan skrin penuh pada bahagian hadapan serta dilengkapi dengna tiga kamera pada bahagian belakang. Selain itu, para pengguna diperlihatkan dengan penggunaan pada mode landskap sekaligus menjadikan iPhone ini bagai sebuah laptop.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun video konsep ini membuatkan ramai teruja, difahamkan Apple mungkin tidak akan memperkenalkan rekaan seperti ini dalam masa terdekat lagi. Mengetahui syarikat Apple yang mengambil sedikit masa untuk memperkenalkan teknologi terbaru rekaan ini dilihat setidaknya tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, rekaan konsep iPhone pernah tular serta menjadi bualan netizen apabila terdapat sebuah video memaparkan iPhone terbaru hadir dengan teknologi hologram dan sebagainya.

Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, model terbaru iPhone dijangka hadir dengan rekaan terbaru, empat kamera pada bahagian belakang serta sokongan rangkaian 5G.

Siapa sangka berita kehadiran iPhone 12 telah membuatkan pengguna iPhone 11 berasa resah. Turut dikongsikan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang masih mahukan ‘home button’ pada iPhone.

Berita iPhone 12 Buat Pengguna Tegar Apple Rasa Rugi Beli iPhone 11

Donald Trump Mahu CEO Apple Kembalikan ‘Home Button’ Pada iPhone

Sumber