Nampaknya kreativiti rakyat Malaysia setiap tahun tidak pernah pudar untuk pertandingan Vans Custom Culture. Terbaru, pengguna Twitter, Afiq Afify Anuar berkongsikan rekaan beliau untuk pertandingan Vans Custome Culture di mana edisi tahun ini sudah berkembang ke pringkat dunia dan bukan lagi sekadar Asia sahaja.

Afiq memilih nasi lemak sebagai subjek untuk rekaan kasutnya dan ternyata idea itu sangat disukai oleh rakyat Malaysia. Beliau tidak menyangka perkongsian beliau itu meletup di Twitter dan kini sudah mendapat lebih 10,000 retweet.

Vans Nasi Lemak 3
Undian di Vans Custom Culture untuk Vans nasi Lemak

Afiq kini berada di pusingan kedua di mana rekaan beliau memerlukan undian anda untuk mencerahkan peluang Afiq untuk mara ke pusingan seterusnya. Undian dengan jumlah likes paling banyak akan disenarai pendek oleh pihak Vans di mana hanya 10 rekaan dari seluruh Asia akan dipilih.

Tidak cukup dengan nasi lemak, Emier Faizal pula hadir dengan rekaan kuih muih, combo terbaik untuk dimakan dengan nasi lemak.

Penyertaan untuk mengundi dibuka secara rasmi hari ini. Seperti sokongan anda untuk peserta Vans Custome Culture sebelum ini, harapnya anda dapat bantu Afiq dengan mengundi kasut ini di sini. Jom kita beritahu dunia nasi lemak asalnya dari Malaysia!

Jika Afiq bergelar juara peringkat Asia, kasut ini akan dihasilkan oleh Vans dan dijual di seluruh dunia! Baca lagi tentang inisiatif Global Custom Culture di bawah.

Vans Lancar Pertandingan ‘Global Custom Culture’ Dengan Hadiah RM100,000

Wakil Malaysia Ini Memerlukan Undian Anda Untuk ‘Vans Asia Custom Culture’

ASICS Perkenalkan Model GEL-Kayano 5 ‘Nasi Lemak’ Edisi Terhad