Bagaimana jika anda peminat tegar Star Wars dan anda ingin rumah anda kelihatan seperti sebuah kapal angkasa dalam siri itu? Idea rumah unik ini datangnya dari pereka Charles Wright pada tahun tahun 2006 dan dibina pada tahun 2009. Rumah ini mengambil inspirasi dari kapal angkasa Han Solo, The Millennium Falcon.

The Millennium Falcon milik Han Solo
The Millennium Falcon milik Han Solo

Rumah ini memmenangi anugerah pada tahun 2014 dan terletak di pedalaman hutan di Queensland, Australia. Pemilik rumah berkenaan, Rod Perry menyatakan rumah itu adalah ciptaan yang genius kerana konsep rumah itu sangat bersesuaian dengan cuaca panas di Australia. Mana tidaknya, rumah ini open air dan pastinya tiada masalah pengudaraan untuk rumah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rumah ini dibina di atas tasik dan pemandangan sekeliling rumah ini sememangnya indah. Rumah ini adalah untuk dijual dengan harga AUD15 juta. Mahal Juga tetapi kalau ada Chewbacca sebagai pembantu rumah, baru berbaloi dengan harga itu.

hs2

hs3

hs4

hs5

hs6

hs7

hs8

hs9

hs10

Sumber