Berbaki tiga minggu sahaja lagi sebelum Samsung melancarkan smartphone flagship terbaru mereka iaitu Galaxy Note 9. Melihat kepada ura-ura yang dikeluarkan, nampaknya seperti sudah tidak ada lagi rahsia yang disimpan Samsung menjelang pelancaran model terbaru ini.

Berdasarkan ura-ura, Samsung menyasarkan smartphone terbaru mereka bakal menjadi smartphone Android terpantas pernah dihasilkan. Samsung dijangkakan bakal menyertakan processor Exynos 9810 bersama 8 GB RAM.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, Galaxy Note 9 ini bakal dikeluarkan dengan warna yang lebih terang dan menarik berbanding model sebelum ini. Berikut merupakan beberapa gambar yang tertiris.

samsung-galaxy-note-9-blue-yellow-eb

New-leak-confirms-Samsung-Galaxy-Note-9-will-have-a-massive-battery

Difahamkan processor ini bakal menawarkan kepantasan dan kecekapan yang lebih baik berbanding Snapdragon 845. Selain itu, pengguna model ini dijangkakan bakal turut ditawarkan dengan ruang storan sehingga 512 GB.

Berdasarkan rancangan Samsung untuk menjadikan Samsung sebagai smartphone terpantas Android dengan harga penjualan sekitar RM4,000, adakah Samsung Galaxy Note 9 baloi untuk dimiliki?