Sekiranya pada minggu lalu rekaan Huawei P40 Pro berjaya tertiris melalui perkongsian @evleaks, model daripada siri yang dinantikan peminat Huawei telah diperlihatkan rekaan sebenar.

Seperti yang diumumkan melalui ura-ura sebelum ini, Huawei P40 Pro sah bakal hadir dengan penyertaan tujuh kamera dimana dua kamera pada bahagian hadapan dan lima kamera lagi pada bahagian belakang. Berikut merupakan rekaan Huawei P40 Pro yang tertiris.

photo_2020-03-20_16-51-38
HYPE
Hanya Serendah RM20, Anda Dapat Data 20GB! Banyak Juga Ganjaran Hebat Dari Telco Ini
Baca lagi →

wp-15797095830128671420321148889474

wp-15797095831936632438170627978162

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, dapat dilihat sebuah kerangka telah digunakan bagi menutup bahagian belakang Huawei P40 Pro. Walau bagaimanapun, kedudukan kamera dan rekaannya seolah mengesahkan rekaan yang tertiris sebelum ini.

Screen-Shot-2020-01-17-at-1.11.02-PM

Sumber: Twitter @evleaks

Setakat ini masih belum diketahui lagi spesifikasi apakah yang bakal disertakan pada Huawei P40 Pro. Melihatkan model Mate 30 Pro sebelum ini, sudah pastinya Huawei P40 Pro tidak mempunyai masalah untuk menjadi ‘raja’ dalam kelompok telefon pintar dengan kamera terbaik. Sama-sama kita nantikan pelancaran Huawei P40 Pro yang bakal dilancarkan pada 26 Mac ini.

Huawei P40 Pro yang bakal dilancarkan kelak dijangka tidak akan menggunakan servis daripada Google. Ketahui lebih lanjut mengenai model ini dengan klik pautan di bawah.

Rekaan Huawei P40 Pro Sekali Lagi Tertiris

Huawei P40 Dijangka Bakal Diperkenalkan Mac Ini Tanpa Sokongan Google

Anda Mungkin Suka